Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGuna Ilmu Hitam Peroleh ‘Rezeki’ Berniaga Kedai Makan, Usah Masuk Jika Nampak...

    Guna Ilmu Hitam Peroleh ‘Rezeki’ Berniaga Kedai Makan, Usah Masuk Jika Nampak Lakaran ‘Pelaris’ Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Walaupun sudah mahu masuk tahun 2024, namun masih ada sesetengah kedai makan menggunakan pelaris sehingga kini demi mengaut keuntungan dan bersifat dengki dengan perniaga lain.

    Bagi anda yang suka makan di luar, perlu lebih berhati-hati dalam memilih kedai!

    Ini kerana penggunaan kaedah lakaran pelaris iaitu ilmu atau jampi yang diyakini mampu mempromosikan kejayaan perniagaan menjadi bualan hangat di media sosial.

    Namun, amalan ini mendapat sorotan daripada pihak berkuasa agama terutamanya dalam konteks ajaran Islam.

    Seorang pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Al-Idrus, Ustaz Syafiq Mujahid mengungkapkan bahawa penggunaan pelaris dalam bentuk fizikal atau magis adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

    “Bila masuk kedai, bahu kita jadi berat, sakit pinggang, sakit lutut dan siapa bawa anak kecil, bila masuk kedai tiba-tiba dia meraung dan menangis, itu antara ciri kedai yang menggunakan ‘pelaris’ kerana mereka boleh melihat perkara-perkara ini,” jelasnya.

    Ustaz Shafiq menegaskan, sebelum menjamu selera di mana-mana kedai, kita perlu melihat sekeliling sama ada terdapat ‘pelaris’ seperti lakaran atau tangkal tergantung di pintu dan di kaunter pembayaran yang boleh memberi kesan negatif kepada pelanggan.

    Menerusi perkongsian @mysantaitv di aplikasi X, kaedah pelaris yang popular ialah lukisan bernama wafaq, yang mengandungi ayat-ayat tertentu seperti nama-nama Allah, huruf Arab, simbol geometri dan kalimah suci al-Quran.

    “Wafaq biasanya digantung dalam bingkai di dinding, di atas pintu dan tingkap, diikat pada tiang rumah, disimpan dalam bekas dan diletakkan tinggi di dalam rumah atau bilik,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts