Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGuru Ditipu Kekasih Dari Korea, Filem ‘Oppa’ Love Scam Adaptasi Kisah Benar

    Guru Ditipu Kekasih Dari Korea, Filem ‘Oppa’ Love Scam Adaptasi Kisah Benar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kes yang membabitkan jenayah scam sering berlaku dalam masyarakat dan mangsa yang ditipu terpaksa menanggung kerugian dari segi wang ringgit.

    Artikel berkaitan: Karnival RUNHACK: Scam Alert Beri Kesedaran Tentang Dunia Scammer!

    Artikel berkaitan: ‘Ya! Saya Mengaku Sebagai ‘Scammer’ Tapi ‘Scammer’ Yang Baik’ – Datuk Red

    Jenayah ‘love scam’

    Sehubungan itu, tercetus sebuah filem tentang jenayah ‘love scam’ yang berjudul Oppa yang dihasilkan oleh syarikat produksi Dream Film Sdn. Bhd.

    Filem ini memaparkan kisah seorang guru yang bercinta dengan seorang jejaka Korea, kemudian mengalami kerugian sehingga ratusan ribu dan kekasihnya itu turut menghilangkan diri.

    Lebih malang lagi, guru tersebut turut menjadi buruan Ah Long apabila dia meminjam wang daripada mereka semata-mata untuk diberikan kepada kekasihnya itu.

    Menurut pengarah filem tersebut iaitu Captain Denil berkata, dia ingin memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tidak mudah kena tipu.

    Adakalanya saya berasa pelik kerana ada mangsa jenayah ini terdiri daripada golongan terpelajar. Mungkin kurangnya kesedaran menjadi faktor utama apabila masih ramai yang menjadi mangsa.

    Jadi, ia memberikan idea kepada saya untuk menghasilkan filem Oppa ini, sekurang-kurangnya mesej boleh disampaikan kepada masyarakat menerusi platform filem.

    Mengulas mengenai tajuk filem tersebut, ‘Oppa’ dipilih bukanlah semata-mata kerana populariti artis K-Pop di negara ini, tetapi ada berlaku kejadian di mana ada individu menggunakan gambar artis kacak Korea Selatan untuk memperdayakan mangsa menerusi ‘dating apps’ di media sosial.

    Kerjasama dengan PDRM

    Jelasnya lagi, jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini adalah adaptasi kisah sebenar yang pernah berlaku berdasarkan laporan kepada pihak polis dan turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

    Untuk menghasilkan filem Oppa kami telah mendapat kerjasama daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan menariknya terdapat kira-kira 80 orang anggota polis sebenar yang turut terlibat menjadi pelakon untuk menjayakan filem ini.

    Malah, seorang pegawai polis iaitu Penolong Ketua Pengarah ACP Lai Lee Ching turut bertindak sebagai Pengarah Projek dan beliau banyak membantu produksi dari segi penyelarasan jadual anggota polis agar kerja-kerja penggambaran dapat berjalan dengan lancar.

    Pada masa sama, pengarah itu juga mengharapkan agar filem terbaharunya itu dapat memberi impak kepada penonton.

    Paling penting, kepada mereka yang menonton filem Oppa nanti akan sedar tentang bahayanya jenayah love scam yang semakin kerap berlaku. Sekurang-kurangnya cerita yang dipaparkan boleh menjadi pengajaran supaya tidak terperangkap dengan kes jenayah sebegini.

    Filem Oppa Love Scam ini menampilkan Theo Jang, pelakon yang berasal dari Korea Selatan serta influencer popular,  Jacqueline Goh Wan Yi serta pelakon-pelakon tempatan lain seperti Lee Zi Qi, Amanda Tan, Sadiq M Jamil, Chen Kuoyang dan ramai lagi akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 9 Mei 2024.

    ALSO READ:  M. Nasir Beri Kejutan Buat Peminat, Pentaskan Konsert Cipta 2 Pada 12 Oktober

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts