Gambar sekadar hiasan
Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila anak yang baru sahaja dilahirkan meninggal dunia sehari kemudian.
Itulah yang dirasai oleh seorang wanita menerusi perkongsian yang dimuat naik menerusi TikTok.
Bayi meninggal sehari selepas dilahirkan
Menerusi perkongsian yang dibuat, wanita yang dikenali sebagai Dyha Ishak berkongsi pengalaman dirinya yang mengalami tekanan perasaan yang teruk selepas kehilangan bayinya yang baru sahaja dilahirkan.
Menurut Dyha, dia kerap terdengar tangisan bayi setiap kali waktu malam.
Dulu selepas bersalin anak pertama, anak aku hidup sehari je dan aku hampir jadi gila meroyan.
Balik hospital anak dah siap sedia nak dikafankan dan disolatkan. Masa itu bulan Ramadan, pantang 44 hari tapi anak tak ada, susu meleleh sampai bengkak susu.
Malam-malam dengar bayi nangis, ambil bantal peluk macam nak susukan anak.
Bawa pergi berubat
Walau bagaimanapun, Dyha yang merupakan seorang guru meluahkan rasa syukur selepas keadaannya semakin pulih selepas kedua ibu bapa membawanya pergi berubat dengan seorang ustaz.
Tapi, Alhamdulillah ayah dan mak bawa pergi berubat.
Ada ayat yang ustaz cakap buatkan aku jadi redha, ‘Ustaz tahu kamu sakit kehilangan anak tapi ustaz nak ucapkan tahniah sebab kamu ada anak yang tunggu di pintu syurga’.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya mendoakan agar wanita itu terus kuat menjalani kehidupannya.