Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentGyuri Didakwa Menjadi Mangsa Keganasan Kekasih, Agensi Tampil Bersuara

    Gyuri Didakwa Menjadi Mangsa Keganasan Kekasih, Agensi Tampil Bersuara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Instagram, anggota kumpulan KARA iaitu Gyuri dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian mukanya, baru-baru ini.

    Pembedahan berjalan lancar

    Menurut agensinya, Big Boss Entertainment, Gyuri mengalami retak pada tulang pipi dan perlu menjalani pembedahan.

    Ia berlaku ketika Gyuri menjalankan aktiviti peribadinya. Selepas ke hospital, dia menjalani pemeriksaan menyeluruh. Pakar perubatan menasihatkan bahawa pembedahan diperlukan untuk merawat kecederaan bahagian itu. Dia akan mengambil masa sebulan lebih untuk pulih daripada pembedahan itu.

    Bagaimanapun, pelbagai dakwaan liar tercetus selepas berita mengenai kecederaannya itu diketahui umum. Malah, ada yang kurang percaya dengan penjelasan daripada agensi berkenaan.

    Antara spekulasi dibuat adalah Gyuri menjadi mangsa keganasan oleh kekasihnya. Ada turut mendakwa itu adalah hanya alasannya untuk menjalani pembedahan kosmetik.

    Bertindak terhadap pelbagai andaian itu, agensinya turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap komen-komen berunsur fitnah serta liar ditinggalkan.

    Ternyata komen-komen kurang menyenangkan itu juga memberi kesan kepada Gyuri. Dia agak terguris sehingga membuat penjelasan di media sosial.

    Anda nak sangatkah lakukan ini kepada seseorang yang sedang kesakitan? Bagaimana agaknya karma akan menimpa mereka pula.

    Pada masa yang sama, Gyuri juga tidak ketinggalan berkongsi keadaan terbarunya selepas menjalani pembedahan. Dia meminta semua orang tidak risau mengenai dirinya kerana dia sedang kuatkan diri untuk pulih.

    Pembedahan itu berjalan lancar, sayangku semua. Jangan risau sangat ya. Mulai sekarang, saya akan fokus dengan cermat untuk kesembuhan. Saya akan kembali secepatnya.

    Saya sangat rindukan dan sayang anda semua. Terima kasih yang terdalam buat semua yang ambil berat terhadap saya. Saya doakan anda semua kekal sihat sejahtera.

    ALSO READ:  “Aku Bab Anak Ni Memang Tak Boleh Lah….”-Achey Bocey

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts