Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nurul Shuhada Naik Bas Awal Pagi Secara Gigih Walaupun Hafidz Roshdi...

    [HABIS VIDEO] Nurul Shuhada Naik Bas Awal Pagi Secara Gigih Walaupun Hafidz Roshdi Gagal Hadir Perbicaraan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nurul ShuhadaNurul Shuhada

    Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan berhubung kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa memukul bekas isterinya, Nurul Shuhada.

    Ia susulan aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas faktor masalah kesihatan.

    Tarikh baru

    Nurul ShuhadaNurul Shuhada

    Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib membuat keputusan untuk menangguhkan tarikh kes berkenaan pada 2 dan 3 Julai depan.

    Bagaimanapun, ketika ditemui , Shuhada meluahkan rasa hampa apabila kes tersebut tidak dapat diteruskan pada hari ini.

    Disoal tentang masalah kesihatan bekas suaminya, Shuhada berkata dia tidak mengetahui namun berdoa agar aktor itu diberikan kesembuhan.

    Saya tinggalkan anak-anak dengan keluarga di Perlis dan datang ke sini dengan menaiki bas pagi tadi untuk hadir ke perbicaraan hari ini.

    Bagaimanapun ketika perbicaraan berlangsung, saya dimaklumkan Hafidz tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan sehingga kes ini terpaksa ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai nanti.

    Apa pun doakan saya dan anak-anak. Semoga kemenangan berpihak kepada kami.

    Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini berharap agar pihak Hafidz dapat memberi kerjasama sepenuhnya.

    Memang kita nak fokus betul-betul kepada kemenangan. Saya tahu saya tak salah.

    Saya harap pada 2 dan 3 Julai ini kita berjumpa dan selesaikan perkara ini.

    Terdahulu pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

    Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

    Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

    ALSO READ:  Jimat Duit Makan dengan Pesan Kombo Jimat GrabFood, Dapat Diskaun 50% untuk Item Kedua!

    Pelakon berusia 30 tahun itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.

    Untuk info, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts