Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHafidz ‘No Comment’ Kes Pukul Nurul Shuhada Diteruskan Dengan Perbicaraan

    Hafidz ‘No Comment’ Kes Pukul Nurul Shuhada Diteruskan Dengan Perbicaraan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula surat representasi berhubung penarikan balik kes pelakon Hafidz Roshdi atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Mac lalu.

    Ada sedikit keliruan di sisni

    Memetik laporan BH Online, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Hafidz Roshdi berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan ketika sebutan semula di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.

    Menurut Akberdin, pihaknya terkejut mendapat arahan kes diteruskan dengan perbicaraan.

    Mahkamah mengarahkan meneruskan kes, jadi saya beritahu Hakim yang kami terima laporan penarikan laporan polis daripada peguam Nurul Shuhada. Perkara ini dibuat dengan tertib.

    Kami terperanjat kes diarahkan diteruskan, tapi kami memang tidak buat surat selepas penarikan laporan.

    Jadi, sekarang saya akan buat surat secara rasmi dan lampirkan laporan memberitahu apa yang berlaku mengenai persetujuan sudah dicapai oleh kedua-dua pihak secara baik. Sebab kes sepatutnya sudah selesai secara global.

    Nurul Shuhada sudah menyatakan dia buat penarikan tanpa paksaan dan secara sukarela. Jadi, bila pengadu sudah katakan begitu, kenapa kami kena teruskan?

    Saya beritahu Hakim mungkin saya kena tulis surat secara rasmi pada pihak pendakwaan beritahu apa yang sudah berlaku dan kami akan tunggu jawapan. Hakim bersetuju dan menetapkan tarikh sebutan pada 14 Oktober depan sementara menunggu representasi yang saya akan buat.

    Tambah Akberdin, pada tarikh itu juga akan dimaklumkan keputusan kepada representasi yang dibuat.

    Katanya lagi, ia adalah tugasnya untuk menulis dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai dan semua isu diselesaikan secara baik.

    Jadi, ia tidak adil kepada klien saya untuk teruskan. Memang Nurul Shuhada sudah cakap pada polis bahawa dia memang nak tarik balik, tiada paksaan dan ugutan.

    Bagaimanapun, Hafidz enggan memberikan sebarang jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh pihak media.

    No comment (tiada komen).

    Ditanya mengapa Nurul Shuhada memilih menarik balik laporan polis, Akberdin menjawab ia atas persetujuan bersama dan bersifat peribadi.

    Memang persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak sudah setuju untuk menyatakan ia sebagai ‘private and confidential’, jadi sebab itulah mungkin Hafidz tidak mahu kongsi kepada orang lain.

    Apa yang penting, laporan penarikan memang sudah dibuat pada 6 Julai lalu. Pihak polis sudah lakukan siasatan tambahan, panggil semula Nurul Shuhada.

    Difahamkan, Nurul Shuhada tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding hari ini, dipercayai kini berada di Australia.

    ALSO READ:  Dituduh ‘Skandal’ Dengan Jofliam, Dewi Minta Jangan Kecam Keluarga – ‘Mereka Tiada Kena Mengena Dengan Isu Ini’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts