Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHafidz Roshdi Dakwa Kenaikan Bayaran Nafkah Anak dari RM100 ke RM200

    Hafidz Roshdi Dakwa Kenaikan Bayaran Nafkah Anak dari RM100 ke RM200

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memaklumkan bahawa pelakon itu sudah meningkatkan jumlah nafkah buat dua orang anak mereka iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

    Dia culas

    Bagaimanapun, ketika ditemui , Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, Hafidz masih culas membayar nafkah buat dua orang anaknya itu.

    Nafkah anak itu naik sikitlah nilai dia dari RM100 dia bagi RM200.

    Tapi dia tak selalu bagi pun dan dia culas.

    Ada waktu dia bagi, ada waktunya tak bagi.

    Tambah Shuhada, dia perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan anak-anaknya.

    Jadi saya kena kerja keras untuk support anak-anak.

    Takkanlah saya nak bergantung kepada ibu bapa saya, mereka pun dah pencen.

    Mereka tolong jaga dan selalu ada dengan saya pun syukur Alhamdulillah.

    Terdahulu, Shuhada mendakwa Hafidz culas membayar nafkah dua cahaya mata mereka.

    Menurut dakwaan Shuhada, Hafidz hanya memberikan wang nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.

    Bukan itu sahaja, Shuhada mendedahkan bahawa ibu bapanya juga terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya menguruskan keperluan anak-anak.

    Walau bagaimanapun, Hafidz tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengambil pendekatan untuk tidak menyatakan jumlah nafkah yang diberikan buat kedua anaknya pada setiap bulan.

    Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

    Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023.

    Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023.

    Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

    ALSO READ:  [VIDEO] Catriona Ross Bangga Anak Autisme Kini Miliki Kad Pengenalan Diri

    Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts