Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHafiz Hamidun & Halim Yazid Menyertai Konsert Zikir Dikir, Berinteraksi Dengan Peminat...

    Hafiz Hamidun & Halim Yazid Menyertai Konsert Zikir Dikir, Berinteraksi Dengan Peminat Terengganu Pada 3 Mei

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hafiz Hamidun bersama Halim Yazid bakal bergabung menerusi Konsert Zikir Dikir yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, pada 3 Mei 2024.

    Konsert Zikir Dikir

    Konsert Zikir Dikir yang dianjurkan oleh Arteffects Sdn.Bhd membawa konsep gabungan irama kerohanian dan kebudayaan.

    Selain Hafiz Hamidun dan Halim Yazid iaitu ikon Dikir Barat tersohor, turut menyemarakkan persembahan Konsert Zikir Dikir adalah penyanyi terkemuka, Aiman Sidek dan Halim Ahmad. Persembahan pada malam itu juga bakal diiringi oleh pemuzik tersohor tanah air serta muzik Dikir Barat yang asli.

    Di samping menggabungkan dua konsep persembahan iaitu Zikir dan Dikir Barat, para penonton juga bakal menyaksikan Hafiz Hamidun dan Halim Yazid berganding di dalam sebuah lagu khas, iaitu Zikir Dikir. Lagu ini bakal dirakamkan pada penghujung Februari ini dan para peminat boleh mula mendengarkan single terbaharu ini selewat- lewatnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

    Pihak penganjur telah mengumumkan bahawa jualan tiket untuk Konsert Zikir Dikir telah dijual bermula 21 Februari melalui laman sesawang www.zikirdikir.com. Dapatkan diskaun 10% sehingga 1 Mac (Masukkan kod ZD10). Informasi lanjut mengenai penjualan tiket Konsert Zikir Dikir akan diberikan dari masa ke masa melalui media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts