Nama penyanyi, Hafiz Suip sebelum ini menjadi bualan netizen di media sosial selepas dikatakan ‘hilang’ dari media sosial.
Dalam pada itu turut tular spekulasi yang mendakwa perkahwinannya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah dikatakan sedang bergolak.
Luah Rasa Rindu Anak-Anak
Terkini, Hafiz menerusi hantaran di TikTok dilihat berkongsi satu foto dirinya bersama anak-anaknya serta kapsyen meluahkan rasa rindu terhadap mereka.
“Miss them so much…Goyah ke tu..#terusbersinar #janganmainapi.”-kapsyen Hafiz di TikTok
“Semoga Hafiz Kembali Bersinar…”
Hantaran Hafiz telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, serta ramai yang meminta penyanyi ini kembali aktif dalam industri.
“Tak semua perempuan suka suami dia memancing. Kena berpada.”
“Comeback brader. Buat lagu, nyanyi lagu kat AJL macam dulu-dulu.”
“Semoga Hafiz kembali bersinar. Semoga tabah menghadapi apa jua ujian.”
“Ada je ni Hafiz. Asal media cakap dia hilang? Nampak lain tapi still hensem ya . Semoga semuanya baik-baik saja.”
“Jika jatuh bangkitlah, jika terlena bangunlah. Kerana ada insan lain yang layak untuk kasih sayang mu. Jangan pernah menyerah kalah.”
“Come back my brader, Ramai yang rindu lontaran vokalmu..”
Sekadar info, Hafiz Suip mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka…Apa komen anda?