Pelakon Hafrez Adam tidak menganggap kehadiran bakat baharu dalam industri tempatan seakan menutup periuk nasi pelakon lama.
Rezeki masing-masing
Ketika ditemui , Hafrez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, dia percaya bahawa rezeki setiap individu sudah ditetapkan Allah SWT.
Saya jenis yang percaya rezeki itu luas. Kalau benda tu memang dah ditakdirkan dan ditentukan untuk kita, buatlah macam mana pun. Dia tetap akan jadi milik kita. Sama juga macam rezeki orang lain.
Ujar pelakon berusia 34 tahun itu lagi, dia memilih untuk bersikap lebih terbuka dengan tidak menganggap kehadiran bakat baharu ini sebagai salah satu punca pelakon lama tidak mendapat tawaran berlakon.
Jadi, saya rasa kita kena bersikap lebih terbuka dengan mind set macam ni. Kita tak boleh nak cakap yang mereka (pelakon baharu) tutup periuk nasi pelakon lama. Benda tu tak betul. Pada akhirnya, rezeki masing-masing tu ada.
Sebaliknya setiap para pelakon tidak kiralah yang baru atau lama, mereka perlu memperbaiki diri masing-masing serta menyokong antara satu sama lain dan bukannya menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.
Mungkin ada satu masa, pelakon senior akan memperlahankan karier demi memberi peluang kepada pelakon baharu. Tapi sekiranya pelakon baharu tak buat sehabis baik, mungkin pengarah dan penerbit akan memanggil pelakon lama untuk berlakon.
Kita sepatutnya perlu lebih bersikap terbuka dan cuba buat yang terbaik untuk diri sendiri dan industri. Beri sokongan antara satu sama lain.