Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHaidar Hasanudin Pernah Ditawar RM50k Oleh ‘Mak Datin’ – ‘Dia Nak Beri...

    Haidar Hasanudin Pernah Ditawar RM50k Oleh ‘Mak Datin’ – ‘Dia Nak Beri Kereta Kalau Saya Jadi Teman Rapatnya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon meningkat naik Haidar Hasanudin mendedahkan diganggu peminat wanita yang menawarkan kesenangan kepadanya.

    Ditawarkan wang oleh ‘mak datin’

    Ketika ditemui di sidang media Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis, aktor berusia 35 tahun itu akui tidak menyangka bahawa wanita berstatus ‘mak datin’ itu mahu memberikan wang sejumlah RM50,000 kepadanya.

    Semuanya bermula ketika saya membawakan watak ‘anak ikan’ bernama Arjuna dalam drama bersiri Layang Layang Perkahwinan. Ketika drama itu ditayangkan, dia mengikuti saya di Instagram dan sering menghantar mesej langsung (DM).

    Pada awalnya, dia memberikan komen mengenai drama terbabit. Lama kelamaan, keadaan menjadi pelik kerana dia mula bercakap soal peribadi dan sebagainya.

    Saya terkejut kerana dia mula menawarkan kemewahan seperti wang tunai bernilai RM50,000 dan dia juga mahu menghadiahkan saya kereta, asalkan saya mahu menjadi teman rapatnya.

    Sementara itu, Haidar akui enggan melayan permintaan wanita terbabit dan mahu memberi sepenuh fokus untuk mencipta nama dalam bidang lakonan.

    Kalau nak fikir mengenai kesenangan, mungkin saya dah terima tetapi saya tak mahu apa yang saya usahakan selama ini tidak membuahkan hasil.

    Saya bermula dari bawah, nama saya sebagai pelakon mula dikenali, kalau saya berhenti kerana wang atau kemewahan, sia-sia sahaja segala susah payah saya selama ini.

    Tambah Haidar lagi, tujuan utama dia menceburkan diri dalam bidang lakonan adalah atas dasar minat dan bukannya disebabkan wang ringgit.

    Penyebab utama saya berlakon adalah minat, bukannya wang. Jika nak senang, mesti saya dah terima tawaran wanita itu. Kini, saya tidak melayan mesej yang sering diberikan kerana bimbang ia akan melarat.

    Terlibat dalam drama bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi, Haidar membawakan watak sebagai Cikgu Safuan, bergandingan dengan Meerqeen dan Erysha Emyra.

    Ini merupakan pengalaman pertama saya membawakan watak sebagai guru. Saya bersyukur dapat bergandingan dengan nama-nama popular seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Ozlynn, Datin Nina Juren, Arash Mohd dan ramai lagi.

    Berlakon di bawah arahan Hadith Omar memberikan saya pengalaman baharu. Saya berdebar menantikan reaksi peminat memandangkan ia merupakan adaptasi novel. Saya juga berharap drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat.

    Jangan lupa saksikan Cinta Untuk Sekali Lagi yang bersiaran di slot Megadrama bermula 27 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.

    ALSO READ:  Shiha Zikir Dan Aya Amiruddin ‘Naik Hantu’ Ketika Berduet?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts