Penyanyi dan pelakon popular era 70-an, Datuk Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang tadi.
âPergi dengan tenangâ
Berita pemergian arwah disahkan sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Lutfi ketika dihubungi .
Betul, ayah sudah pergi meninggalkan dunia kira-kira jam 3.48 petang. Arwah pergi dengan tenang sahaja. Arwah ada masalah jantung.
Sama-sama kita semua hadiahkan al-Fatihah untuk arwah dan semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba itu dilaporkan telah menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di HKL, sejak Sabtu.
Sebelum itu, pelakon Farouk Hussain memaklumkan arwah dalam keadaan tenat dan sudah tidak mampu untuk bercakap.