Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHaiza Hanafi Dedah Allahyarham Jaafar Onn Nak Kerusi Urut Sebagai Permintaan Terakhir

    Haiza Hanafi Dedah Allahyarham Jaafar Onn Nak Kerusi Urut Sebagai Permintaan Terakhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Haiza HanafiHaiza Hanafi

    Penyanyi dan pengacara Haiza Hanafi mendedahkan permintaan terakhir Allahyarham Jaafar Onn adalah menginginkan sebuah kerusi urut.

    ‘Kerusi urut’

    Haiza HanafiHaiza Hanafi

    Ketika ditemui Haiza bagaimanapun berkata kerusi urut tidak sesuai digunakan oleh arwah disebabkan kakinya sudah bengkak.

    Malah, Haiza berkata dia sudah berbincang dengan anak angkat arwah iaitu Mohd Hanif dan beberapa rakan selebriti.

    Permintaan terakhir papa (Jaafar Onn) ialah nak kerusi urut. Katanya saja nak buat baring nak rehat dengan selesa.

    Tapi saya rujuk juga dengan anak angkatnya, Hanif. Saya juga tanya pendapat rakan-rakan artis lain antaranya Kak Salwa, Ismaliza dan Rina Eva dalam grup WhatsApp yang kami wujudkan.

    Tapi mereka cakap kerusi urut tidak sesuai untuk arwah kerana mencengkam tapak kaki dia kerana kakinya dah keluar air bisa. Jadi kami tidak jadi beli.

    Haiza berkata demikian ketika ditemui di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pada Rabu.

    Sementara itu, Haiza berkata duit sumbangan yang sepatutnya digunakan untuk membeli kerusi urut telah diberikan secara tunai kepada arwah.

    Bila dapat tahu kerusi itu tak sesuai, saya hubungi rakan untuk minta izin saya keluarkan tunai bagi terus kepada arwah.

    Dengan izin kawan-kawan yang sudah menderma. Semua duit itu sudah dimasukkan ke dalam akaun arwah.

    Terdahulu, Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.32 pagi Rabu akibat serangan jantung ketika melalui prosedur endoskopi.

    Jenazah telah diuruskan di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.

    ALSO READ:  ‘Tidak Perlu Gambarkan Seseorang Yang Pernah Tutup Periuk Nasi Saya’ – Tyzo

    Sebelum ini, kesihatan arwah dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts