Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHaliza Maysuri & Suami Bukan Orang Senang, Gadai Emas Demi Bisnes –...

    Haliza Maysuri & Suami Bukan Orang Senang, Gadai Emas Demi Bisnes – ‘Dengan Motor Kapcai Buruk Kami Guna Untuk Berniaga’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    haliza emashaliza emas

    Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri mendedahkan tentang perih jerih perjalanannya sebelum menjadi usahawan berjaya.

    Pengorbanan seorang isteri

    @halizamaysuri

    Replying to @Fazlina | Ibu mithali 1 kilo emas setiap kali hari jadi dari suami. Bukan nak tunjuk kaya tetapi ada cerita disebalik kisah emas 1 kilo ini yang mungkin boleh dijadikan ikutan. Ketika saya berkahwin dengan Tuan Haji Mohd Rosli Awang, beliau bukanlah seorang suami yang berharta. Kisah hidup kami berdua lebih kurang sama. Dilahirkan dari keluarga yang tidak berada. Lepas ijab kabul, suami menyewa bilik yang serba kekurangan. Hanya ada tilam, selimut dan beg kain baju masing2. Dan dengan motor kapcai buruk harta bawaan suami itulah yang kami guna pergi balik berniaga. Saya pula ada seutas rantai leher, 2 utas subang pemberian bapa dan cincin pertunangan kami ? Nak dipendekan cerita, apabila beniaga tiada ilmu apatah lagi pengalaman habuannya wang simpanan untuk modal perniagaan habis, tudung2 jualan pula tidak laku dan tidak mendapat sambutan. Jangankan nak makan pun kena berkira2, sewa kedai pun tertunggak berbulan2. Isteri mana yang sampai hati melihat kesusahan suami yang pada ketika saya pula direzekikan bunting pelamin. Terpaksa ikat perut menahan makan,mengidam itu ini, sampai suami bersuara hendak menutup kedai dan beralih menjaja kacang rebus sebab tidak mampu lagi membayar sewa kedai yang pada masa itu RM2000 sebulan. Suami saya pendiam orangnya dan tidak akan pernah minta bantuan walau seperit mana sekali pun. Saya sebagai isteri sangat memahami. Apabila setiap malam suami susah nak lelap mata, air muka nampak sugul. Saya suarakan pada suami bawalah emas ini ke pajak gadai. Allahuakbar sungguh Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan. Dengan sedikit wang hasil gadaian itulah suami saya menaiki bas ke Singapura, membeli 4 paket kristal Swarovski dan dengan duit hasil gadaian itu jugalah suami membeli 20 helai tudung bawal kosong. Dan impaknya dari 4 paket kristal Swarovki setelah 26 tahun kisah itu, kami mampu membeli kristal Swarovski bernilai jutaan ringgit saban bulan, begitu juga dengan kain dari 20 helai sehinggalah setiap bulan berkontena2 kami mampu import sendiri. Siapa sangka ? Sejak dari itu, saban hari perniagaan makin maju. Suami saya tak pernah lupa permulaan kami itu. Suami berjanji emas yang dia pinjam untuk jadikan modal itu,dia akan pulangkan lebih dari apa yang saya ada. Sejak dari itu setiap kali hari jadi saya, suami akan hadiahkan emas bermula dari 100gm. Apabila perniagaan makin maju, suami pun hadiahkan 300gm dan berterusan sehinggalah 1kg emas. Dalam berniaga, simpanan emas sangat2 membantu dikala sedang kesuntukan modal. Lagi banyak simpanan emas, makin kukuhlah kewangan. Saya selalu ingat kata2 ini, orang yang ada emas sudah tentu ada duit, tapi orang yang ada duit belum tentu ada emas. Tahun ini sudah 47 tahun usia saya. 26 tahun usia @Bawalexclusive Cepat betul masa berlalu. Rasa baru semalam memori itu. Setiap perkongsian saya di media sosial adalah kisah hayat seorang yang bernama Haliza Maysuri. Ambillah dan jadikan contoh mana yang baik dan yang kurang baik itu adalah kekurangan dari saya.

    ? CINTA TERBAIK By Syahrini Feat Rani – user40454405609

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Haliza berkata, dia dan suami bukanlah berasal daripada golongan berada malah ketika di awal perkahwinan mereka hidup serba kekurangan.

    Ketika saya berkahwin dengan Tuan Haji Mohd Rosli Awang, beliau bukanlah seorang suami yang berharta.

    Kisah hidup kami berdua lebih kurang sama. Dilahirkan dari keluarga yang tidak berada. Lepas ijab kabul, suami menyewa bilik yang serba kekurangan. Hanya ada tilam, selimut dan beg kain baju masing-masing. Dan dengan motor kapcai buruk harta bawaan suami itulah yang kami guna pergi balik berniaga. Saya pula ada seutas rantai leher, dua utas subang pemberian bapa dan cincin pertunangan kami.

    Paling menyedihkan apabila perniagaan yang diusahakan mereka tidak membuahkan hasil dan terpaksa mengikat perut meskipun Haliza sedang berbadan dua ketika itu.

    Nak dipendekkan cerita, apabila berniaga tiada ilmu apatah lagi pengalaman habuannya wang simpanan untuk modal perniagaan habis, tudung-tudung jualan pula tidak laku dan tidak mendapat sambutan. Jangankan nak makan pun kena berkira-kira, sewa kedai pun tertunggak berbulan-bulan.

    Isteri mana yang sampai hati melihat kesusahan suami yang pada ketika saya pula direzekikan bunting pelamin. Terpaksa ikat perut menahan makan, mengidam itu ini, sampai suami bersuara hendak menutup kedai dan beralih menjaja kacang rebus sebab tidak mampu lagi membayar sewa kedai yang pada masa itu RM2000 sebulan.

    Bercerita lanjut, usahawan berusia 47 tahun tersebut kemudian menggadai barang emas miliknya untuk dijadikan modal perniagaan setelah melihat kesusahan yang dilalui suaminya.

    Suami saya pendiam orangnya dan tidak akan pernah minta bantuan walau seperit mana sekali pun. Saya sebagai isteri sangat memahami. Apabila setiap malam suami susah nak lelap mata, air muka nampak sugul.

    Saya suarakan pada suami bawalah emas ini ke pajak gadai. Allahuakbar sungguh Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan. Dengan sedikit wang hasil gadaian itulah suami saya menaiki bas ke Singapura, membeli empat paket kristal Swarovski dan dengan duit hasil gadaian itu jugalah suami membeli 20 helai tudung bawal kosong.

    Kejayaan Bawal Exclusive

    haliza emas 2haliza emas 2

    Rentetan itu, bermulalah kisah kejayaan jenama Bawal Exclusive yang terkenal dengan pelbagai rekaan hijab dihiasi dengan batu kristal Swarovski.

    Dan impaknya dari empat paket kristal Swarovski setelah 26 tahun kisah itu, kami mampu membeli kristal Swarovski bernilai jutaan ringgit saban bulan, begitu juga dengan kain dari 20 helai sehinggalah setiap bulan berkontena kami mampu import sendiri.

    Dalam masa yang sama, Haliza berkata suaminya tidak pernah sama sekali melupakan pengorbanannya sebagai seorang isteri.

    ALSO READ:  Kemeriahan 'Selamat Ulang Tahun Sayang' - Siti Nurhaliza Dalam Foto

    Justeru itu, pada setiap ulang tahun kelahiran Haliza, Rosli akan menghadiahkannya emas sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.

    Siapa sangka. Sejak dari itu, saban hari perniagaan makin maju. Suami saya tak pernah lupa permulaan kami itu.

    Suami berjanji emas yang dia pinjam untuk jadikan modal itu, dia akan pulangkan lebih dari apa yang saya ada. Sejak dari itu setiap kali hari jadi saya, suami akan hadiahkan emas bermula dari 100gm. Apabila perniagaan makin maju, suami pun hadiahkan 300gm dan berterusan sehinggalah satu kilo emas.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts