Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentHampir 10 Ribu Orang Hadir Meriahkan Sambutan Ulang Tahun Majlis Bandaraya Petaling...

    Hampir 10 Ribu Orang Hadir Meriahkan Sambutan Ulang Tahun Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    -

    Shopee CNY Sale


    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinaik taraf statusnya daripada Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya baru-baru ini.

    Menelusuri garis masa selama 18 tahun, Petaling Jaya telah mengalami pembangunan dan perubahan pesat seiring dengan perkembangan teknologi.

    Dan, pada tahun ini tema ‘Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia’ diangkat sempena sambutan ulang tahun bandaraya Petaling Jaya Ke-18.

    Hampir 10 ribu orang hadir

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Bahagia Bersama Malaysia MADANI”.

    MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha mencetuskan dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya.

    Bagi menghargai warga Petaling Jaya dan sempena sambutan ulang tahun bandaraya, sebanyak 37 aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2024 bagi mengeratkan hubungan di antara MBPJ dengan warga Petaling Jaya.

    Selain itu, objektif perlaksanan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan penyertaan dari semua peringkat komuniti.

    Selaras dengan matlamat tersebut, pembangunan mampan untuk satu tempoh jangka masa panjang disediakan MBPJ iaitu “Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya tahan 2030 (Petaling Jaya Smart, Sustainable & Resilient 2030 – PJSSR)”.

    Petaling Jaya juga dirancang menjadi sebuah bandaraya “A next generation city” yang inklusif, terhubung, kolaboratif, berekologi, sihat, dinamik, berteknologi digital dan menjadi bandar raya berdaya tahan yang berkebolehan menguruskan kemampanannya bagi mendepani gangguan dan kejutan terhadap alam sekitar, komuniti dan ekonomi.

    Terdahulu, majlis sambutan ulang tahun ini juga turut diserikan dengan persembahan hebat artis tanah air seperti, Black Hanifah, Santesh, Fahimi Rahmat, Aisha Retno dan ramai lagi.

    ALSO READ:  Syamsul Yusof Ingin Tarik Balik Saman Terhadap Jawi & Maiwp

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts