Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Hampir 10 Tahun Masih Setia Guna ‘Stethoscope’ Pemberian Abah”-Luah Anak Allahyarham Mr...

    “Hampir 10 Tahun Masih Setia Guna ‘Stethoscope’ Pemberian Abah”-Luah Anak Allahyarham Mr Os, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mohd Yusof bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os, yang merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penulis dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.

    Mr Os memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr. Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaacob dan Aziz Sattar. Dalam tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah.

    Pada 8 April 2016, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Os yang sidebabkan oleh kanser paru-paru. Allahyarham Os selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak, Selangor.

    “Aku Takkan Tukar Sampai Bila-Bila”

    Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik anak kepada pelakon yang dikenali ramai Allahyarham Mr Os iaitu Dr Syafiqa Hayra yang meraih perhatian ramai.

    Di dalam gambar berkenaan, memaparkan Dr Syafiqa yang memberitahu mengenai setiap individu mempunyai kisah yang tersendiri, termasuklah dirinya.

    “Lain orang lain kisahnya, Aku? Stetoskop berusia hampir 10 tahun ini takkan ku tukar sampai bila-bila”

    “Akan ku jaga dengan rapi. Pemberian Allahyarham abah yang paling bermakna untuk aku. Happy abah masa belikan stetoskop ni untuk aku mengenangkan anaknya tak lama lagi graduate dan jadi doktor”

    “Mengalir pahala abah setiap kali aku memeriksa pesakit dengan menggunakan stetoskop ni”-Kata Dr Syafiqa

    Via Tiktok Dr Syafiqa Hayra
    Via Tiktok Dr Syafiqa Hayra

    Rata-rata diruangan komen, ramai juga yang berkongsikan kisah yang sama dalam kehidupan mereka. Apa-apa pun, semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tindakan Rosyam Nor Bersalaman Dengan Bekas Guru, Cetus Perdebatan Netizen?

    Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat, Apa kata anda?


    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts