Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHampir Seminggu Anak Sulung Di Wad, Rita Rudaini Dedah Sebab Tanggung Kos...

    Hampir Seminggu Anak Sulung Di Wad, Rita Rudaini Dedah Sebab Tanggung Kos Rawatan Sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin berada di hospital hampir seminggu berikutan patah tangan.

    Semua dah selamat

    Berita tersebut dikongsikan oleh Rita sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Rita, dia berterima kasih kepada semua orang yang berada di sisinya sepanjang anaknya itu berada di hospital.

    Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hampir seminggu mommy dan adik berumah tangga di hospital. Terima kasih adik korbankan masa sekolah dan aktiviti untuk bersama mommy jaga abang Ryan.

    Mommy selalu pesang kat anak-anak, kita senang sama-sama dan susah pun sama-sama. Kita kena sentiasa ada untuk masing-masing. Terima kasih ahli keluarga selalu ada untuk kami. Terima kasih cikgu, doktor dan jururawat.

    Selain berterima kasih, Rita sempat berkongsi mengenai kisah kos rawatan anaknya itu.

    Kos rawatan Ryan dari mula patah tangan sampailah buka plate, mommy tanggung sendiri bukan insurans.

    Kos rawatan tanggung sendiri

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

    Ujar Rita, segala kos rawatan anaknya itu ditanggung olehnya sendiri.

    Sebelum ini Ryan ada insurans dari baby tapi Mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang. Insurans tu rupanya dah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar.

    Mommy ada ambil yang lain tapi dah luput masa PKP. Lepas itu mommy nekad buat yang baru dengan syarat akaun yang 13 tahun luput itu kena tutup dulu. Malangnya manusia yang buka akaun tu tak nak bagi kerjasama untuk tutup akaun walaupun tandatangan itu percuma. Walaupun ejen dah beri penerangan kepada manusia terbabit.

    Jadi tak dapat mommy ambil insurans sama syarikat dengan mommy dan adik.

    Tambah Rita, dia akan memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya itu meskipun berdepan dengan apa jua cabaran.

    Allah maha baik. Dia permudahkan segalanya. Allah hadirkan ramai yang sayang Ryan dan adik. Terima kasih atas doa.

    ALSO READ:  Ramai Dedah Datuk Red Pernah Bantu Ketika Susah – ‘Kami Tolak Motor Sebab Minyak Habis, Dia Hulur RM200 Dekat Tangan Anak Saya’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts