Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Hampir Setiap Malam Fazura Sedih, Menangis & Tak Dapat Tidur’ – Pengurus

    ‘Hampir Setiap Malam Fazura Sedih, Menangis & Tak Dapat Tidur’ – Pengurus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Foto: Malay Mail

    Pengurus kepada pelakon Nur Fazura iaitu Iman Tang mendedahkan aktres itu bersedih dan hampir menangis setiap malam susulan kemelut rumah tangganya bersama, aktor Fattah Amin.

    Fazura sedih, menangis

    Ketika ditemui , Iman Tang atau nama lengkapnya Nur Iman Tang, 49, mendedahkan Fazura terkesan dengan perceraian itu meskipun kelihatan tenang di khalayak ramai.

    Sebenarnya Fazura itu setiap malam dia sedih. Saya menjadi saksi sebab kadang-kadang tengah malam kami berbual dan dia menangis.

    Tambah Iman lagi, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu sering menangis sehingga tidak dapat tidur lena ketika meluahkan isi hati padanya.

    Wanita yang mengimpikan satu perkahwinan sama sekali tidak mahu perceraian terjadi. Cuma saya boleh katakan, dia seorang yang sangat kuat. Tetapi bila kami bercakap melalui telefon, dia tidak dapat tidur dan menangis.

    Iman berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media, Konsert Govinda, Hal Hebat, pada Rabu.

    Dalam masa yang sama, Iman berkata, dia sempat berpesan kepada Fazura agar tidak terlalu memendam perasaan sendirian kerana bimbang akan kesihatan emosinya.

    Saya juga ada cakap dekat dia, menangislah sepuas-puasnya supaya dapat kelegaan, jangan tertekan dan pendam perasaan.

    Terdahulu, pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

    ALSO READ:  ‘Mungkin Ada Benda Yang Amir Perlu Tengok Balik Pada Diri Dia..’ – Fadhli Masoot

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts