Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHan Byul Bertemu “Jodoh” Di Malaysia, Single Ke 7 Beri Kelainan Buatnya

    Han Byul Bertemu “Jodoh” Di Malaysia, Single Ke 7 Beri Kelainan Buatnya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Han Byul, penyanyi Korea yang menempa nama dalam bidang nyanyian di Malaysia selepas satu pertandingan nyanyian, kini muncul dengan lagu terbaharunya, Jodoh.

    Lagu ini menjadi lagu runut bunyi (OST) bagi drama Helo Jodoh yang sedang bersiaran di slot Lestary setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam.

    Mengisahkan Kisah Cinta Yang Masih Kukuh

    Jodoh mengisahkan tentang seseorang individu yang terserempak kembali dengan cinta pertamanya dan terus merasakan ikatan cinta itu masih kukuh lalu berhasrat untuk meneruskan perhubungan dan menjadikan pasangan hidup.

    Lagu ini merupakan single ke tujuh (7) Han Byul sepanjang kariernya di Malaysia.

    Berbeza dengan lagu sebelum ini, lagu yang bergenre pop ini sangat manis untuk didengar dan boleh membuatkan pendengar dilamun cinta.

    Melodinya yang ‘catchy’ dan membuai rasa dengan gabungan lirik yang santai, sangat sesuai untuk didengar oleh semua golongan.

    Tidak Mengetahui Komposer

    via Gempak

    Menurut Han Byul, ketika dia pertama kali mendengar lagu ini, ia terus menangkap hati dan menarik perhatiannya.

    Pada mulanya dia tidak tahu siapa komposer atau penulis liriknya. Seusai habis rakaman, dia amat terkejut apabila mengetahui lagu tersebut merupakan hasil karya mereka yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

    Lagu ini hasil perkongsian idea daripada tiga komposer ternama, Hazama, Omar K dan Firdaus Rahmat.

    Idea untuk menghasilkan lagu ini tercetus apabila Omar K menerima hantaran suara daripada Hazama yang menyanyikan beberapa rangkap sambil memetik gitar.

    Bermula dari situlah Omar K mengajak Hazama dan Firdaus Rahmat untuk sama sama menjayakan lagu ini.

    Idea korus mula diolah oleh Omar K dan seterusnya diselesaikan sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat.

    Menggunakan Nada Suara “Koren Vibe”

    Keunikan yang ada pada Han Byul adalah dia melontarkan suara menggunakan nada suara yang tersendiri dalam apa jua genre lagu yang diberi.

    ALSO READ:  [REVIEW] Tecno POVA 6 Pro 5G: Harga Tak Sampai RM1k Tapi Sarat Dengan Spesifikasi Hebat!

    Lagu menjadi lebih lunak apabila dia menggunakan nada suara “korean vibe” yang lembut seakan berbisik apabila menyanyikan lagu berbahasa melayu.

    Ini memberikan satu suntikkan baharu dalam sesebuah lagu khususnya lagu Jodoh.

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Jodoh nyanyian Han Byul yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts