Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, October 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHana Ismail Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Da’i Syed – ‘Semoga...

    Hana Ismail Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Da’i Syed – ‘Semoga Allah Angkat Musibah & Permudahkan Urusan Kita’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti televisyen dan juga isteri kepada pendakwah bebas Da’i Syed, Hana Ismail menitipkan ucapan istimewa buat suaminya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 20 Oktober lalu.

    Doa buat suami

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Hana atau nama lengkapnya Nurul Hana Ismail mendoakan agar segala urusan suaminya dipermudahkan.

    Selamat hari lahir, Baba Nour.

    Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan permudahkan urusan mereka yang membantu dan mendoakan kita.

    Menerusi hantaran yang sama, Hana turut memuat naik gambarnya bersama Da’i Syed yang dilihat sedang memangku anak perempuan mereka, Sharifah Fatma Nour Jamalullail di sisi.

    Terdahulu, selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi pada 20 September lalu.

    Imbas kembali, pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,206FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts