Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Handmade Boba Tea Cafe”, 2 Cawangan PlayMade Kini Dibuka Di Malaysia!

    “Handmade Boba Tea Cafe”, 2 Cawangan PlayMade Kini Dibuka Di Malaysia!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jenama teh buih yang berasal dari Singapura yang lebih dikenali dengan Handmade Boba telah membuka cawangannya di Malaysia, yang berkonsepkan Open Kitchen Studio untuk memberikan pengalaman yang menarik dan keterujaan buat pelanggan yang hadir.

    Pada 16 November 2023 yang lalu, PlayMade telah membuat perasmian pembukaan cawangan yang pertama di Malaysia yang bertempat di IOI City Mall Putrajaya. Manakala perasmian cawangan keduanya pada 5 Disember 2023 yang bertempat di Sunway Velocity Mall Kuala Lumpur.

    Sejak penubuhannya pada tahun 2017, PlayMade telah memikat hati dan citarasa bagi penggemar teh boba dengan pendekatan imaginatifnya dalam menghasilkan ramuan teh buih yang luar biasa dan boba berperisa unik yang dibuat segar.

    Menu Yang Menarik Untuk Di Rasai!

    Sempena dengan pelancaran mereka di Malaysia, PlayMade juga telah memperkenalkan menu makanan yang baharu sepanjang hari bersama pencuci mulut yang lazat bagi melengkapkan minuman teh istimewa dari mereka untuk lebih dikenali ramai.

    Pelanggan juga dapat merasai suasana yang menarik serta warna kedai yang ceria yang mampu memberikan keterujaan buat anda. Tambahan pula, pelanggan dapat menyaksikan secara langsung cara bebola ubi (boba) dihasilkan daripada tepung sehinggalah menjadi boba. Dengan cara itu, pelanggan dapat merasai pengalaman melihat dan merasai rasa dan tekstur boba mereka yang terkenal itu.

    PlayMade mendapat inspirasi menu mereka daripada Korean dan beberapa menu lain di asia yang menjadi trending. Tambahan pula, mereka telah memperkenalkan lebih 30 perisa boba yang unik termasuklah Spicy Mala dan tri-colored boba di Singapura.

    Pink Cactus boba mereka adalah menu yang paling lari dan mendapat permintaan yang tinggi kerana iainya terkenal dengan rasa buah-buahan dan bauan bunga. Pelanggan juga boleh menikmatinya sebagai topping boba atau menambahkannya pada Pink Cactus Smoothie. PlayMade juga menawarkan beberapa pencuci mulut yang menyegarkan untuk dinikmati bersama dengan minuman.

    ALSO READ:  Aiman Hakim Ridza Disangka Meninggal Dunia, Tampil Titip Pesanan ‘Padu’!

    Untuk maklumat lanjut mengenai menu yang ditawarkan oleh mereka serta promosi terkini, sila layari laman media sosial instagram dan tiktok @PlayMade.Malaysia.

    Apa lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk merasainya!

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts