Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHanifah Syukur Bersyukur Masih Dipanggil Untuk 'Show', Dan Menafikan penglibatan Dengan Sindiket...

    Hanifah Syukur Bersyukur Masih Dipanggil Untuk ‘Show’, Dan Menafikan penglibatan Dengan Sindiket ‘Cuci Duit’ – ‘Saya Bersedia Diperiksa Pada Bila-bila Masa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Black Hanifah mengakui dirinya masih lagi dihantui dengan kontroversi yang mengatakan dirinya terlibat dengan kes penggubahan wang haram.

    Nafi terlibat

    @melodiberapi Walaupun dah masuk tahun baru, Black masih dihantui dengan kontroversi “cuci duit”. Ini jawapan dari Black. #meloditv3 #ceritaartismalaysia ? original sound – Melodi tv3

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah berkata isu ‘money laundering’ yang mengaitkan namanya itu sama sekali tidak benar dan fitnah semata-mata.

    Ini kerana, kejayaan yang dikecapinya hari ini datang dari hasil titik peluhnya sendiri.

    Isu mengenai cuci duit itu sangatlah tidak benar sebab seperti yang anda boleh lihat saya menyanyi, berlakon dan berniaga semata-mata untuk keluarga saya.

    Tambah Black, dia juga mengambil maklum bahawa pengikutnya di media sosial mula berkurangan selepas timbulnya dakwaan tersebut namun, menitipkan ucapan terima kasih buat para peminat yang masih setia bersamanya.

    Saya akui peminat merupakan antara faktor saya masih berada di dalam industri tetapi boleh dikatakan peminat yang hilang serta memilih untuk ‘unfollow’ saya di media sosial itu adalah peminat yang tidak setia dan tidak faham betul-betul siapa sebenarnya ‘Black’.

    Kepada peminat yang masih setia, saya nak ucapkan terima kasih kerana percaya dengan bakat saya dan percaya dengan apa yang saya lakukan.

    Saya tak takut kehilangan segelintir peminat sebab saya memang tak buat salah.

    Kalau saya buat salah, daripada dulu lagi saya dah risau dah. Tapi kalau nak check, anytime (pun boleh), saya berani.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Aku Rindu Sayang Kamu’ tersebut meluahkan rasa syukur apabila masih menerima jemputan untuk buat persembahan di ‘event’ dan karnival meskipun masih dikaitkan dengan isu panas tersebut.

    Meskipun saya terpalit dengan dakwaan itu Alhamdulillah rezeki saya tidak putus-putus dan masih mendapat ‘offer’ untuk buat persembahan.

    Saya berasa sangat bersyukur kerana masih diberikan nafas dan sehingga ke hari ini Alhamdulillah, saya sudah ‘lock’ untuk buat ‘show’ di beberapa ‘event’ sehingga ke pertengahan tahun akan datang.

    Boleh dikatakan hampir setiap bulan, jadual saya padat dengan ‘show’ untuk karnival dan ‘private event’.

    Bukan itu sahaja, saya juga sibuk menguruskan villa kepunyaan saya yang terletak di Langkawi.

    Terdahulu, tular satu video yang mendakwa Black memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi.

    ALSO READ:  Pempengaruh Tunai Umrah, Suami Kantoi Bawa Masuk Wanita Lain Dalam Bilik Tidur – ‘Mereka Siap Buat Video Hubungan Intim’

    Video tersebut telah menyebabkan timbulnya dakwaan mengatakan Black terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram kerana mereka mempersoalkan kemampuan penyanyi berusia 36 tahun tersebut untuk memiliki kapal mewah berkenaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts