Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHaniff Hamzah Nafi Bosan Bersama Radio Melayu, Cabar Diri Mula Dari ‘Zero’...

    Haniff Hamzah Nafi Bosan Bersama Radio Melayu, Cabar Diri Mula Dari ‘Zero’ – ‘Saya Dah Sampai Ke Kemuncak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyampai radio, Haniff Hamzah dan Ean Nasrun secara rasmi diumumkan sebagai penyampai radio segmen pagi stesen radio Fly FM iaitu EH! It’s Ean & Haniff On The Fly Breakfast.

    Artikel berkaitan: Duo DJ Ikonik Ean & Haniff Berganding, Kendali Rancangan Pagi Baharu Di Fly FM

    Perubahan besar dalam hidup

    Haniff berkata dia melakukan perubahan besar dalam kehidupannya di mana beralih daripada penyampai radio berbahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

    Menjelaskan keputusan yang diambil, ini merupakan cabaran buat dirinya untuk mencuba sesuatu yang baru dan mengembangkan lagi potensi diri.

    Bukan sebab bosan tapi saya dekat radio Melayu dah bertahun dan saya dah sampai ke kemuncak, apa lagi yang saya nak buat?

    Ini adalah kemuncak saya yang seterusnya. Saya boleh berbahasa Inggeris dan ia bukan soal bosan tapi soal cabaran untuk diri sendiri. Saya bukan pergi ke stesen Melayu yang lain jadi ini seperti dunia baru buat saya.

    Saya rasa pendengar yang bercakap bahasa Inggeris mereka tak kenal siapa Haniff Hamzah dan saya sukakan itu. Saya mula daripada kosong balik. Itu yang saya mahukan!

    Bila dapat tahu bergandingan dengan Ean, lagi lah saya teruja. Kami dah sepuluh tahun merancang untuk ada rancangan bersama.

    Haniff dan Ean ditemui semasa majlis pengumuman EH! It’s Ean & Haniff On The Fly Breakfast yang diadakan di Lumi Tropicana, Petaling Jaya, pada Khamis.

    Selari dengan nilai hidup

    Dalam pada itu, Ean yang sebelum ini bersama Hitz FM pula menyifatkan tawaran ini selari dengan nilai hidupnya dan sebagai seorang penyampai.

    Saya memerhati apa yang Fly FM lakukan dari jauh saja sebelum ini. Dalam fikiran saya, saya berharap dapat lakukan dan terbabit dengan usaha mereka.

    Disoal sama ada isu tanda solidariti terhadap Palestin antara faktor mereka mengundurkan diri, Ean dan Haniff sekali lagi memaklumkan nilai yang dipegang oleh Fly FM selari dengan nilai hidup mereka.

    Mungkin. Banyak faktor tapi nilai yang dipegang sangat penting untuk kami sebab akhirnya kita akan berbalik kepada keluarga.

    Nilai kami sama. Boleh tunjuk sokongan dan bercakap tentang Palestin membuatkan saya lebih selesa sebagai umat Islam.

    EH! It’s Ean & Haniff On The Fly Breakfast akan bersiaran pada 5 Ogos ini bermula jam 6 hingga 10 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Akaun WhatsApp Azadan Rabbani Kena ‘Hack’, Fitri Haris Jadi Mangsa ‘Scammer’-“Resit Transaksi Pun Ada…”

    Terdahulu, Ean dan Haniff diumumkan meninggalkan Hitz FM dan Era FM meskipun kontrak mereka masih belum tamat.

    Astro Radio memaklumkan mereka sudah memberikan komitmen dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts