Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHannah Delisha Keguguran Anak Sulung

    Hannah Delisha Keguguran Anak Sulung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Hannah Delisha berkongsi khabar duka apabila dirinya mengalami keguguran anak sulung.

    “InsyaAllah Jumpa Di Syurga Nanti Sayang”

    Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch menerusi hantaran di laman X, turut menitipkan kata semangat buat para wanita yang turut mengalami kehilangan cahaya mata yang sama seperti dirinya.

    “Mengalami keguguran pertama saya. Berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada semua wanita yang kehilangan. Kesedihan yang tak tertanggung, dialami oleh ramai orang, tetapi segelintir sahaja yang berkongsi mengenainya.

    Saya harap dengan membaca hantaran ini, ia dapat mengingatkan seseorang bahawa mereka tidak keseorangan. Semoga Allah menyembuhkan kita, meringan kesakitan, dan mengisi hati kita dengan ketenangan dan keselesaan.

    InsyaAllah jumpa di syurga nanti sayang.”-kongsi Hannah Delisha di X

    Netizen Beri Kata Semangat

    Menjengah ruangan komen, netizen dilihat memberikan meluahkan rasa sebak terhadap ujian yang menimpa Hannah, malah ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama mengalami keguguran.

    “We love you my darling. May your heart heal and know that we are here for you. This mummy is here for you too.”-Che Puan Sarimah Ibrahim

    “Stay strong Hannah, semoga lepas ni ada rezeki baby comel lagi aamin.”

    “Saya dapat rasakan kesakitannya. Saya mengalami keguguran pada 2022, anak pertama selepas 7 tahun menanti. May Allah heal your broken heart dan moga menjadi asbab ke syurga Allah, dan moga Allah ganti dengan bahagia yang tak disangka-sangka.”

    Salam takziah Hannah & Iman. Semoga berbahagia wildan syurga di taman-taman syurga. Semoga yang baik-baik untuk Hannah lepas ni. InsyaAllah ada rezeki lain yang Allah nak bagi tu nanti.”

    “Di bulan ramadhan ini saya doakan sis Hannah Delisha diberikan kesembuhan, ketenangan jiwa. Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik amiin.”

    Sama-sama kita doakan agar Hannah Delisha kuat menghadapi ujian, serta Allah gantikan dengan yang lebih baik..

    ALSO READ:  Nabil Ahmad Mohon Maaf, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Asyik Benda Yang Sama…”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts