Pelakon jelita, Hannah Delisha turut terkesan dengan isu kucing yang tular baru-baru ini sekali gus berkongsi pendapat mengenai segelintir masyarakat yang membeli kucing untuk dipelihara.
Adopt, jangan beli
Menjawab mengenai isu kucing yang tular baru-baru ini, selebriti kelahiran Singapura ini berpendapat pencinta kucing sepatunya memilih untuk ‘adopt’ daripada membeli haiwan comel itu.
Terbaru, Hannah berkongsi kisah seekor kucing yang diambil bela ketika dijumpai di lebuhraya Dash.
Macam saya sendiri, semua kucing saya adopt.
Ada sekali saja saya beli, kucing parsi.
Kucing yang terbaru, saya terjumpa dia di lebuhraya Dash.
Saya terfikir bagaimana seekor anak kucing boleh berada di tengah-tengah lebuhraya yang sibuk macam itu. Tapi lepas dah jaga, Dashing (kucing Hannah) sangat nakal.
Jadi saya rasa, bukan orang yang lepaskan dia. Tapi Dashing yang naik sendiri ke lebuhraya itu.
Dalam pada itu, duta produk kecantikan Conboo itu sempat mengingatkan pencinta kucing untuk mengikut kemampuan dalam membuat keputusan mengambil bela kucing.
Hannah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama produk kecantikan Conboo di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Berkongsi perkembangan terkini, ini merupakan pengalaman baru bagi selebriti berusia 28 tahun itu dilantik menjadi duta bagi produk kecantikan Beau3 Milk yang berasaskan susu kambing.
Beau3 Milk merupakan susu kecantikan pertama keluaran Conboo yang dirumus khas untuk membantu memutihkan dan mencerahkan kulit secara semula jadi.
Susu ini didatangi dengan empat perisa lazat iaitu Strawberry, Melon, Banana dan Chocolate.