Pelakon Hannah Delisha akui perancangan keluarga penting terutama bagi pasangan yang sibuk bekerja.
Zuriat
Ketika ditemui , Hannah atau nama lengkapnya Hannah Adlina Blackburne Birch berharap agar dikurniakan zuriat sebelum umurnya mencecah 30 tahun.
Ujarnya, selepas menghadapi keguguran, Hannah lebih mengenali badannya.
Sebelum saya gugur, saya percaya kalau tiba waktu, tuhan akan beri.
Tapi silap saya, saya tidak betul-betul plan.
Kalau rezeki saya dapat anak selepas umur 30 tahun, saya perlu terima saja.
Sebab perempuan kita punya badan berbeza.
Tapi sekarang saya tahu, badan saya perlu rehat untuk trimester pertama.
Tambah Hannah, ibunya juga sering menitipkan pesanan untuk menjaga kesihatan memandangkan waktu kerja tidak menentu sebagai seorang pelakon.
Hannah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama produk kecantikan Conboo di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Watak penyondol
Menjawab tentang perkembangan terkini, Hannah akui tiada masalah membawa watak ‘penyondol’.
Ujarnya lagi, watak itu merupakan apa yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.
Pada saya, kalau jalan cerita menarik dan barisan pelakon yang saya belum pernah ada pengalaman berlakon bersama, saya akan ambil tawaran itu.
Pandangan saya terhadap cerita penyondol, itu luar kawalan saya.
Sebab itu apa yang stesen televisyen dan netizen mahukan.
Tambah selebriti kelahiran Singapura ini, apa pun watak yang dimainkan ianya hanya lakonan semata.