Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHanya Cucuk Di Perut, Cara Baru Nak Kurus Dengan ‘Ozempic’

    Hanya Cucuk Di Perut, Cara Baru Nak Kurus Dengan ‘Ozempic’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Cara nak guna tak ubah persis insulin, kamu hanya perlu suntik di perut… dah siap.”

    Macam-macam cara kita guna untuk menguruskan badan bagi mendapatkan berat badan ideal, tapi tak semua keputusannya cepat. Pemakanan dah jaga, bersenam pun dah, tapi nak kurus punyalah payah.

    Trend baru yang telah mendapat banyak perhatian; menggunakan ubat diabetes Ozempic untuk penurunan berat badan.

    Ozempic. Ia tidak diluluskan untuk penurunan berat badan, tetapi sesetengah pakar perubatan menetapkannya untuk digunakan untuk penurunan berat badan. Ternyata kebanyakan selebriti menggunakan cara ini untuk kurus dengan cepat. Ia terbukti berkesan, cumanya kesan setiap individu berbeza-beza.

    Foto – Medicine

    Ada yang sekali suntikan, kesannya muntah yang amat dashyat. Ada yang nafsu makan, terus hilang. Ada juga yang nafsu makan berkurangan berbanding sebelum dan pelbagai lagi. Yang pasti, Ozempic membuatkan gaya hidup untuk pemakanan kamu berubah.

    Dipetik dari UC Davis Health, Ozempic ialah suntikan mingguan yang membantu menurunkan gula darah dengan membantu pankreas membuat lebih banyak insulin.

    Ia berfungsi dengan meniru hormon semula jadi. Apabila paras hormon tersebut meningkat, molekul akan pergi ke otak dengan memberitahu kamu sudah kenyang. Ozempic melambatkan penghadaman dengan meningkatkan masa yang diambil untuk makanan keluar dari badan. Prosedur ini sama seperti kesan pembedahan bariatik.

    Adakah Ozempic berfungsi untuk tujuan penurunan berat badan? Kajian menunjukkan bahan aktif dalam Ozempic iaitu semaglutide berfungsi untuk penurunan berat badan. Untuk betul-betul berhasil, penting jika kamu terus membuat perubahan gaya hidup seperti pemakanan yang betul dan bersenam.

    Malah penting juga untuk kamu ambil perhatian bahawa jika kamu mula mengambil ubat ini untuk menurunkan berat badan, badan kamu akan terbiasa dan mewujudkan normal baharu. Dari situ kamu boleh adjust dos suntikan yang sesuai dengan keadaan badan.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Dibesarkan Di Taman Melawati & Kawasan Itu Tiada Pokok Getah’ – Mas Khan

    Kesimpulannya, Ozempic boleh membantu orang ramai mengurangkan berat badan, yang boleh mengurangkan risiko untuk banyak keadaan kesihatan serius lain, seperti masalah jantung.

    Patut ke kamu mengambilnya, dapatkan rundingan pakar kesihatan kamu terlebih dahulu sebelum memulakan rutin Ozempic.

    P/S – memandangkan Ozempic agak costing, jadi fikir dan bincang dengan doktor kamu.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts