Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHanya Menggunakan Telefon Awam, 10 Tahun Pierre Andre Tidak Guna Telefon Bimbit...

    Hanya Menggunakan Telefon Awam, 10 Tahun Pierre Andre Tidak Guna Telefon Bimbit Untuk Elak Hadap Tekanan Hidup

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun di seluruh dunia memberi impak yang besar dan mengubah landskap kehidupan manusia tanpa mengira peringkat usia.

    Bagaimanapun, kebergantungan yang tidak dikawal terhadap teknologi ini boleh memberi kesan negatif termasuk kepada kesihatan mental antaranya sindrom Fomo (Fear of Missing Out).

    Bahkan, kebergantungan kepada gajet dan akses kepada media sosial yang tinggi menyebakan sindrom ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

    Oleh yang demikian, kebergantungan hidup kepada media sosial jika tidak diuruskan dengan baik akan memberi impak kepada masyarakat kita dari segi kemerosotan kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental.

    Bercerita soal ini, baru-baru ini pelakon Pierre Andre mendedahkan sudah 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit atas atas alasan mahu bebas daripada tekanan hidup.

    Pierre atau nama lengkapnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, berkata semua urusan termasuk berkaitan kerjaya boleh berhubung terus dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim.

    “Saya tiada telefon bimbit mahupun media sosial sejak 10 tahun lalu. Kalau orang nak cari saya, boleh hubungi melalui isteri.”

    “Saya rasa bebas tanpa telefon bimbit. Berbeza masa saya aktif dahulu, telefon memang bagi saya tekanan.”

    “Telefon yang ada sefungsinya hanya untuk merakam video kandungan YouTube, bukan alat berkomunikasi dengan orang lain,” katanya.

    Pierre yang turut bergelar pengarah itu ditemui pada majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 turut mengakui meminjam telefon isteri andai mahu mengikuti perkembangan semasa.

    “Pernah satu zaman saya menggunakan telefon awam sebab itu susah untuk hubungi saya sebab kena melalui isteri. Tak ramai orang tahu nombor telefon dia selain nombor perniagaan.”

    “Sekiranya saya mahu melihat media sosial, saya akan pinjam telefon isteri dan belek sepintas lalu sahaja untuk mengetahui perkembangan isu semasa,” jelasnya.

    Sebelum ini, Pierre pernah menyepi dalam dunia seni lakonan dan pengarahan sejak sedekad yang lalu sehingga mencetuskan tanda tanya ramai.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Aaisyah Dhia Rana Menangis Mohon Ampun Di Pagi Raya, Raih Perhatian Ramai!
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts