Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Hanya Sejam Sehari?”- Rupanya Ini Sebab Kenapa Ramai Selebriti Sukakan Senaman Pilates

    “Hanya Sejam Sehari?”- Rupanya Ini Sebab Kenapa Ramai Selebriti Sukakan Senaman Pilates

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Berbanding dengan yoga, rata-rata wanita zaman sekarang termasuklah selebriti memilih untuk melakukan senaman pilates dalam kehidupan harian mereka.

    Untuk pengetahuan kamu, pilates adalah senaman yang berfokuskan pada rehabilitasi dan penguatan. Malah ianya juga menumpukan beberapa bahagian badan tertentu sahaja seperti pinggang, paha, perut dan pinggul.

    Antara selebriti yang menjadikan pilates sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka adalah Ameera Khan, Che Puan Sarimah, Harry Styles, Lady Gaga, Jennifer Aniston, BLACKPINK Jisoo dan Jennie, Jeon Somi serta Son Ye Jin.

    Walaupun nampak mudah seperti mudah sahaja pilates ini, tetapi ia tidaklah sesenang yang kita bayangkan. Dan setiap satu jenisnya pula, berikan pelbagai manfaat yang berbeza mengikut keperluan diri masing-masing.

    Kenapa selebriti sukakan senaman pilates? 

    Dalam banyak-banyak jenis senaman, pilates adalah senaman yang paling berimpak rendah. Tak perlu kita beria-ria mengangkat berat di gim kerana pilates boleh membantu badan dalam mencipta daya tahan, fleksibiliti dan keseimbangan  yang sama.

    Malah pilates juga dikatakan sebagai senaman yang tepat untuk ramai orang kerana ia beri penekanan pada postur  badan yang betul dan kekuatan teras. Bukan itu saja, bentuk badan ideal dan keseimbangan otot turut dapat dihasilkan.

    Kebaikan jenis senaman pilates:

    • Teaser: Senaman yang bantu menguatkan perut, lenturkan pinggul serta hamstring untuk bina keseimbangan
    • Criss cross: Fokus pada penekanan khusus oblique iaitu stabil dalam postur pada tahan tertentu dan bentukkan pinggang langsing
    • Plank pilates: Kaki yang terangkat di belakang membantu menguatkan otot perut lebih baik daripada plank biasa

    Jadi selamat mencuba ye!


    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts