Penyanyi Haqiem Rusli mengakui dia tidak menyokong keganasan ketika diminta untuk mengulas insiden dua pereka fesyen diserang seorang jurugambar, awal bulan ini.
Doa yang baik-baik
Menerusi temu bual bersama , pelantun suara ‘Sangkar Derita’ ini berkata, dia mengenali kedua-dua belah pihak kerana mereka pernah bekerjasama dengannya. Ujar Haqiem, mereka sangat okey dan profesional.
Saya nak cakap serba salah. Saya baik dengan kedua-dua belah pihak. Hubungan saya dengan mereka baik. Pendapat saya, macam selalu saya cakap mana yang salah, salah. Sepanjang bekerja dengan mereka okey. Saya sebagai yang melihatnya, tak setuju satu perkara sahaja iaitu keganasan.
Tetapi apa yang berlaku di antara mereka, mana yang kita nampak salah tetap salah. Apapun bagi saya untuk menyelesaikan secara profesional bukan dengan cara melakukan keganasan. Saya tak sokong keganasan.
Tambah Haqiem, dia mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak dan berharap semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Saya doa yang baik-baik untuk abang-abang saya yang pernah berkhidmat untuk show saya. Mereka ini orang baik. Cuma biasalah ini ujian untuk manusia. Semua orang kena ujian. Saya minta semoga pengakhiran yang baik. Dunia ni sementara, kalau kita nak bermusuh sampai bila.
Tak perlu nak fikir banyak
Sementara itu, sempat bertanya kepada Haqiem mengenai persiapannya untuk berduet dengan Kai Deva sempena Konsert Calpis Soda One In A Million, Ahad ini.
Menurut Haqiem, dia pernah melihat persembahan Kai Deva ketika busking di Bukit Bintang menerusi siaran langsung di TikTok. Jelas Haqiem, Kai seorang yang berbakat dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Berbicara soal lagu yang akan dibawakan pula iaitu ‘Di Alam Fana Cinta’ nyanyian asal Fotograf, Haqiem berkata, dia tidak perlu berfikir banyak kerana pernah membuat cover lagu tersebut bersama Afieq Shazwan.
Lagu minggu ini lagu daripada legend. Lagu yang saya tak perlu nak fikir banyak. Cuma kali ini perlu buat kelainan. Saya akan ikut apa sahaja yang Kai nak buat. Sebab dia peserta yang bertanding. Saya pasti dia tahu apa yang dia mahukan. Saya cuma akan mencantikkan sahaja.
Di akhir temu bual, Haqiem bersedia untuk bekerjasama dengan Kai sekiranya ingin mengeluarkan lagu satu hari nanti.
Saya baru berjumpa dia hari ini (Khamis), tak ada berbual lagi tentang lagu. Kalau dia dapat syarikat rakaman dan memerlukan lagu, saya okey sahaja.