Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHaqiem Rusli Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2...

    Haqiem Rusli Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 , Sempat Beri ‘Hint’?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian penyanyi, Haqiem Rusli sempena ulang tahun perkahwinan ke-2 bersama isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri sejak tahun 2021 mencuri perhatian netizen di media sosial.

    Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri

    Haqiem, menerusi hantaran di Instagram berkongsi foto dirinya bersama isteri berlatar belakang Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur serta kapsyen seolah-olah memberikan ‘hint’ bahawa isterinya sedang ‘hamil’.

    “Happy anniversary to my lovely wife. I like you very much. Just as you are.

    Terima kasih jadi peneman setia Akem, menerima segala kelemahan suamimu ini, anda wanita yang kuat. Semoga kita kekal selama-lamanya 🤍.

    We love you Sofea.”-kapsyen Haqiem di Instagram

    “We Love You? Macam Ada Berita Baik..”

    Kapsyen akhir penyanyi Di Sebalik Rahsia ini mencetuskan rasa teruja peminat, malah ramai yang turut menitipkan doa buat pasangan ini kekal bahagia.

    Walaubagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, Haqiem dilihat masih belum memberikan sebarang respon atau kenyataan berhubung spekulasi isterinya ‘berbadan dua’.

    Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka…


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts