Perkahwinan merupakan satu institusi yang memberi impak besar kepada kehidupan seseorang. Bagi kebanyakan lelaki, kadangkala perkahwinan kedua atau seterusnya menjadi pilihan selepas mengalami penceraian atau kehilangan pasangan terdahulu.
Tetapi lain pula berlaku kepada pasangan pempengaruh yang popular Alif Teega dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah. Alif memutuskan untuk berkahwin semasa isterinya hamil. Ini adalah keputusan hidup yang besar yang membuatkan orang sekeliling tidak senang duduk mendengarnya.
Hal ini telah menarik perhatian pencipta kandungan, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar. Dalam sebuah video yang dimuatnaik di TikTok mengenai isu berkait dengan Aliff dan Aisyah, Haqiem menyuarakan pandangannya dan menasihati Alif secara ringkas.
“Dah beranak nanti, Alif kau pulangkan Aisyah kepada keluarga dia. Tolong sangat-sangat Alif ya..”- komen Haqiem.
Komen dari pempengaruh yang aktif dalam dunia acara permotoran ini telah menerima komen yang berbagai dari warganet. Ada yang setuju dan ada yang membantah.
“Orang lain tak boleh mendesak kita lepaskan yang sememangnya hak kita. Kita lihat dan tak perlu kita masukkan diri kita ke dalam masalah rumahtangga orang lain. Biar kehendak isterinya sendiri”- tulis warganet.
Terdahulu, Alif mengumumkan dia sudah bernikah lain dan membuatkan ramai yang menyuarakan rasa marah. Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.