Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHaram? Anda Mungkin Boleh Dipenjara Jika Memiliki Jam Tangan Swatch LGBTQ

    Haram? Anda Mungkin Boleh Dipenjara Jika Memiliki Jam Tangan Swatch LGBTQ

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan larangan penerbitan berkaitan unsur lesbian, gay, biseksual, transgender, aneh dan banyak lagi (LGBTQ+) yang terdapat pada jam tangan Swatch.

    Dalam satu kenyataan KDN, mereka memaklumkan menerusi Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh 10 Ogos (Khamis) juga terdapat larangan penerbitan sebarang koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau apa-apa barangan berkaitan.

    “Penerbitan perintah larangan ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 (Pindaan) 2012.”

    “Ia menetapkan bahawa mencetak, mengimport, mengeluarkan semula, menerbitkan, menjual, mengeluarkan, mengedar, atau memiliki hasil penerbitan terbabit adalah dilarang sama sekali di Malaysia,” kata kenyataan itu.

    VIA The Sun Daily

    Selain itu, KDN berkongsi bahawa langkah itu komited untuk mencegah penularan unsur-unsur yang memudaratkan akhlak, kepentingan awam dan negara.

    Tambah mereka, hasil penerbitan terbabit dikenakan larangan kerana ia adalah penerbitan berbahaya dengan mempromosi, menyokong dan menormalkan gerakan LGBTQ+, yang tidak diterima oleh rakyat Malaysia.

    “Adalah diingatkan bahawa berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 (Pindaan) 2012, individu yang mencetak, mengimport, mengeluarkan, mengeluarkan semula, menerbitkan dan menjual, apabila sabit kesalahan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.”

    “Kesalahan itu termasuk mengeluarkan, mengedar, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki untuk sebarang tujuan sedemikian dan mana-mana penerbitan yang dilarang,” jelas mereka.

    Apa komen anda? Adakah anda bersetuju dengan larangan ini?




    Credit: Fesyen – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts