Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 8, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Harap Dapat Bincang & Selesaikan Isu Keluarga Secara Privasi’ – Nelissa Nizam

    ‘Harap Dapat Bincang & Selesaikan Isu Keluarga Secara Privasi’ – Nelissa Nizam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Nellisa Nizam memberitahu dia memerlukan sedikit ruang dan waktu untuk menyelesaikan isu yang membabitkan hubungannya dengan ibu kandung, Ayu Manaf, baru-baru ini.

    Saya tak akan ulas

    Menerusi temu bual bersama , Nelissa berkata, dia sudah menghubungi ibunya berhubung isu tersebut. Namun begitu, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana masih belum bertentang mata dengan ibunya.

    Tak mengapa orang nak cakap apa sahaja. Kalau hendak cakap biar kepada saya, bukan mengenai ibu saya. Sekarang ini saya perlu jumpa ibu terlebih dahulu dan barulah boleh beri sebarang kenyataan. Isu ini saya tak mahu komen lanjut.

    Alhamdulillah, saya sudah menghubunginya dan tunggu ibu bersedia untuk bertemu, mungkin dia pun ada kesibukan sendiri selain sibuk menguruskan bisnes sambal. Apa sahaja yang dia kongsi, saya tak akan ulas. Saya mohon maaf.

    Tambah Nellisa, dia memilih untuk berbincang dan menyelesaikan isu keluarga ini secara privasi.

    Apa saja yang mak saya katakan, saya tak akan mengulas lanjut sebab dia adalah ibu saya. Saya percaya semua orang ada keluarga dan ada masalah keluarga masing-masing. Cuma saya berharap dapat berbincang dengan keluarga saya secara privasi, sama seperti semua.

    Alhamdulillah setakat ini keadaan saya okay sahaja dan perjalanan hidup saya, hanya keluarga sahaja yang lebih mengetahui. Orang lain hendak komen apa, itu diluar kawalan. Saya hanya kawal dengan apa yang boleh sahaja.

    Nellisa yang ditemui selepas tayangan perdana filem  Sahak Gangster, semalam, turut mengakui dia agak sibuk ketika isu tersebut berlaku. Jelas Nelissa, pada waktu itu dia sedang berada di Karnival Jom Heboh (KJH) di Kota Kinabalu, Sabah atas urusan kerja.

    Saya berada di KJH Kota Kinabalu dan sedang bekerja ketika cerita ini sedang hangat diperkatakan. Memang saya perlu profesional ketika itu dan pastikan orang sekeliling okay dan tidak terkesan. Saya berharap dapat jumpa dengan keluarga dan semuanya dapat diselesaikan secara tertutup.

    Terdahulu, ibu Nellisa menyangkal dakwaan anaknya pernah menjadi mangsa dera sejak kecil. Bukan itu sahaja, Ayu turut mendakwa hubungan mereka sudah renggang sejak berkahwin baharu.

    ALSO READ:  Mierul Aiman Mengaku Masih ‘Single’ – ‘Rasa Sunyi Dekat Rumah, Tapi Saya Ada Mama’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts