Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHarap Kekal Sebagai Rahsia! Scha Elinnea Enggan Jawab Status Hubungan Dengan Jazmy...

    Harap Kekal Sebagai Rahsia! Scha Elinnea Enggan Jawab Status Hubungan Dengan Jazmy Juma

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Scha Elinnea mengakui dia sangat selesa berkawan dengan aktor, Jazmy Juma.

    Artikel berkaitan: Scha Elinnea Mengaku Buat Perubahan Pada Wajah, Enggan Ulas Soal Tatu – ‘Semua Orang Pernah Buat Silap’

    Artikel berkaitan: Berkahwin Atas Dasar Amanah, Dapatkah Nuh & Nayla Temui Kebahagiaan?

    Ambil berat tentang saya

    Menerusi temu bual bersama Scha sedar, sejak kebelakangan ini namanya dikaitkan dengan spekulasi sedang bercinta dengan Jazmy.

    Menurut Scha, dia lebih selesa membiarkan status spekulasi berkenaan kekal sebagai rahsia. Tambah pemilik  nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen ini lagi, Jazmy seorang lelaki yang sentiasa menyokong dan memberikan respons positif terhadapnya.

    Saya sangat selesa dengan dia kerana dia senang untuk dibawa berbincang. Dia selalu ambil berat tentang saya, penyayang dan juga seorang yang sangat lemah lembut.

    Namun, saya tidak mahu jawab (status hubungan). Saya harap kekal sebagai rahsia sahaja.

    Scha yang ditemui pada sesi fotografi drama Anak Anak Mafia, baru-baru ini, turut berkongsi kisah perkenalannya bersama jejaka berusia 26 tahun itu.

    Jelas Scha, mereka berkenalan semasa digandingkan dalam drama Nuh & Nayla terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

    Keserasian saya dan Jazmy sangat kuat seperti apa yang orang nampak. Kami memang sangat rapat tetapi mengenai status kami, saya harap kekal sebagai rahsia.

    Kami kenal sekitar tahun ini juga dan pernah berjumpa di pejabat Suhan. Dari situ kami berkenalan dan tidak janggal antara satu sama lain.

    Disoal mengenai usikan peminat yang mahu melihat mereka ke fasa seterusnya, Scha secara ringkas menjawab dia enggan ambil peduli walaupun rata-rata netizen sangat teruja melihat keakraban mereka.

    Orang selalu juga kenenkan saya dalam drama sebelum ini tetapi tak sebanyak bersama Jazmy sampai ada tanda pagar. Namun, saya okey sahaja dan tiada masalah pun apabila ramai yang kenenkan kami berdua.

    ALSO READ:  ‘Bila Terjadinya Perpisahan, Jagalah Aib & Keburukan Sesama Kita Hingga Ke Akhir Hayat’ – Didie Alias

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts