Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHarap Suami Bertanggungjawab, Jay Iswazir dan Isteri Bercerai Selepas Dua Tahun Hidup...

    Harap Suami Bertanggungjawab, Jay Iswazir dan Isteri Bercerai Selepas Dua Tahun Hidup Bersama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas dua tahun berumah tangga, pelakon Jay Iswazir disahkan bercerai dengan isterinya, Azzahra Ahmad.

    Disahkan Oleh Isteri

    Berita penceraian itu diumum dan disahkan sendiri oleh Azzahra sendiri menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, malam tadi.

    Bismillahirrahmanirrahim. Dengan rendah hati, saya ingin memaklumkan bahawa hubungan saya dengan Ahmad Iswazir Ismail berakhir. Kami sudah berpisah.

    Menurut Azzahra, dia mengumumkan penceraian itu bagi mengelakkan salah faham atau fitnah.

    Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah, saya terpaksa membuat hantaran ini untuk memberitahu kepada umum atas sebab-sebab tertentu.

    Mengapa kami berpisah, rasanya tidak perlu saya umumkan. Cukuplah mereka yang tahu sahaja yang mengetahui.

    Harap Suami Bertanggungjawab

    via Azzahra Ahmad

    Dalam hantaran sama, Azzahra menulis harapan agar bekas suaminya itu menunaikan tanggungjawabnya selepas bercerai.

    Semoga dalam tempoh edah ini, saya berharap agar awak dapat menunaikan tanggungjawab dan jangan mengambil mudah lagi.

    Cukuplah dengan apa yang terjadi selama ini, saya sudah cukup bersabar. Terima kasih atas segalanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri.

    Maaf atas segala kekurangan, halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang terbaik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini.

    Hantaran itu menerima pelbagai reaksi serta kata-kata semangat dalam ruangan komen antaranya daripada rakan artis seperti Bella Astillah, Taufiq Hanafi dan ramai lagi.

    Sekadar rekod, Jay dan Azzahra berkahwin pada Mac 2022. Setakat ini, Jay tidak ada memuat naik sebarang hantaran berkaitan penceraian itu di akaun media sosialnya.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts