Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHarga Lebih RM200K, Buku Resepi & Rahsia Jaga Badan Marilyn Monroe Dilelong

    Harga Lebih RM200K, Buku Resepi & Rahsia Jaga Badan Marilyn Monroe Dilelong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nak tahu cara aktres Marilyn Monroe menjaga badan dan apa yang dimakan olehnya setiap hari? Cuba kamu beli buku resepinya. Koleksi buku yang berjudul The New Fanny Farmer Boston Cooking-School Cook Book dan The New Joy Of Cooking akan dilelong pada harga RM200K sehingga lebih RM300K.

    Disahkan koleksi ini memang miliknya 

    Koleksi buku ini dikatakan satu-satunya koleksi yang dimiliki Marilyn. Dalam koleksi ini, pembeli akan mendapat catatan tangan asli Marilyn mengenai bahan makanan, kad nama dengan alamat kawasan Beverly Hills serta jadual diet.

    Foto – Pinterest

    Antara senarai bahan makanan yang ditulis adalah telur, susu, cornflake, krim, roti, mentega dan soda. Malah untuk resepi lasagna keju pula, Marilyn dikatakan telah mengambilnya daripada keratan akhbar dan kepilkan bersama nota yang menjadi sebahagian daripada buku ini.

    Rahsia jadual diet Marilyn Monroe 

    Dipetik daripada CNN Indonesia, jadual diet aktres ini mengandungi pelbagai pilihan untuk sarapan, tengah hari dan makan malam seperti berikut:

    Foto – TMZ
    • Sarapan pagi (8 pagi) – Jus oren atau plum rebus / bijirin / roti bakar dengan mentega / secawan susu atau coklat.
    • Tengah hari (1 petang) – Telur yang diproses / keju cottage / kentang / spaghetti atau mi / roti bakar dan jem / buah.
    • Makan malam (6:30 petang) – Daging tanpa lemak, ayam, atau kambing / roti manis  / ikan / hati ayam.

    Ada tabiat pelik?

    Aktres ini juga berkongsi dia juga mengambil makanan ringan pada waktu pagi dan juga malam iaitu mengambil satu cawan susu dan satu biskut. Pada lewat malam pula, aktres ini akan memakan menu eggnog.

    Foto – Noteabley / Trial and Eater

    “Saya diberitahu tabiat makan saya pelik tetapi sebenarnya tidak. Sebelum mandi pagi, saya akan panasakan secawan susu di atas pinggan panas di bilik hotel saya. Kemudian saya pecahkan dua telur mentah ke dalamnya dan pukul menggunakan garpu”, kongsi Marilyn kepada majalah Pagent 1952.

    Foto – Pinterest

    Selain itu Marilyn juga berkongsi dia telah mengambil pil multivitamin dan doktornya mengesyorkan untuk dia mengambil lebih banyak sarapan berkhasiat untuk seorang wanita yang sibuk bekerja.

    ALSO READ:  [VIDEO] Che Ta Perli Aaisyah Cetus Perhatian Ramai!-“Demam Pun Tetap Jaga Penampilan, Mana Dapat Kekuatan Tu?”

    Lelongan buku resepi dan juga rahsia diet Marilyn dilakukan pada 22 Jun ini oleh Siegel Auction Galleries di New York.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts