Pelakon dan isteri kepada bekas Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak iaitu Ayu Raudhah menitipkan rasa syukur selepas suaminya menandatangani kontrak baharu selepas mengumumkan bersara daripada bermain bola sepak setelah kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak disambungkan.
Kontrak Dengan Negeri Sembilan Tidak Disambung
Menurut laporan Astro Arena, Zaquan menyatakan bahawa dia menerima sekeping surat pada malam Ramadan pertama mengenai kontraknya yang tidak dilanjutkan.
“Saya reda, mungkin rezeki saya sampai di sini. Apabila sudah di penghujung baru dapat surat, perancangan saya jadi terjejas. Ke mana lagi pasukan saya mahu pergi, saya mahu cari?-“kata Zaquan kepada Astro Arena
View this post on Instagram
“Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat…”
Rezeki Allah tak salah alamat, setelah kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak disambung, isterinya yang juga pelakon iaitu Ayu Raudhah berkongsi khabar gembira mengenai suaminya yang sedang menandatangani sebuah kontrak yang tidak didedahkan perinciannya, hari ini menerusi Insta Stories.
“Alhamdulillah for everything. Tahniah Sayang!!. Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Semalam diberi khabar sedih. Hari ini Allah berikan kebahagiaan. Indahnya perancanganNya!”-kongsi Ayu di Insta Stories
Sekadar info, Ayu Raudhah yang juga adik kepada pelakon Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga pada Zaquan Adha pada 21 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel serta bayi lelaki yang dilahirkan pada Mei 2023.