Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHarith Iskander Dedah Penceraian Tak Jejas Hubungan Dengan Bekas Isteri – ‘Kami...

    Harith Iskander Dedah Penceraian Tak Jejas Hubungan Dengan Bekas Isteri – ‘Kami Masih Pergi Bercuti Bersama Dengan Anak-Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pelawak, Harith Iskander memaklumkan penceraiannya sama sekali tidak menjejaskan hubungan baiknya dengan bekas isteri, Dr. Jezamine Lim.

    Jaga hubungan baik

    Ketika ditemui , pemilik nama Harith Iskander Musa ini berkata, hubungan baik yang masih terjaga itu juga membuatkan orang ramai berasa pelik melihat kemesraan mereka selepas bercerai pada 25 Julai lalu.

    Kami tak pernah kekok pun untuk bekerjasama. Kami masih pergi bercuti bersama. Kalau sunyi saya boleh telefon bekas isteri?

    Cuma orang lain sahaja yang rasa janggal bila melihat kami masih berbaik meskipun sudah bercerai.

    Kehidupan kami selepas bercerai masih lagi sama, cuma kami perlu mengambil langkah baharu dan cuba belajar berjalan sekali lagi.

    Itu bukan perkara baharu buat saya kerana saya juga pernah melalui pengalaman tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin.

    Harith berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas perbicaraan kes hadanah dan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Ketika ditanya mengenai penerimaan anak-anak terhadap penceraian mereka, pelawak yang terkenal dengan gelaran ‘The Godfather of Stand-Up Comedy’ itu memaklumkan bawa anak anaknya memahami akan situasi yang berlaku.

    Penerimaan anak-anak sama sahaja kerana mereka sudah melihat berita perceraian itu di media sosial.

    Lagipun sejak awal lagi sudah jelaskan pada mereka kenapa kami perlu ke mahkamah dan juga ada liputan media.

    Sebelum ini pun mereka sudah terdedah dengan situasi ada peminat datang untuk bergambar bersama ketika kami pergi bercuti.

    Mereka faham ini adalah dunia ayah dan ibu mereka. Tapi kalau di rumah kami biasa sahaja.

    Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.

    ALSO READ:  Lee Zii Jia Pegang Beg Goyart Sebelum Pulang Ke Kuala Lumpur, Netizen Korek Harga Dianggar Cecah RM22k – ‘Siap Ada Custom Nama Tu’

    Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.

    Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

    Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts