Pelakon dan pengacara Harris Alif berkongsi berita gembira apabila isterinya, Intan Ladyana telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat.
Artikel berkaitan: Intan Ladyana Akui Hamil Anak Kedua Lebih Penat – ‘Saya Alami Alahan Teruk’
Artikel berkaitan: Harris Alif Matang Semula Jadi, Bukan ‘Buat Buat’ – ‘Sudah Lalui Pelbagai Fasa Dalam Hidup’
Anak lelaki pertama
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Harris memaklumkan dia baru sahaja menerima panggilan video tentang kelahiran anak lelaki pertamanya.
Alhamdulillah baru lepas video call. Harris junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ni kita pergi tengok adik.
Dalam hantaran lain, Harris menjelaskan dia tidak dapat bersama dengan Intan di hospital kerana perlu menjaga anak sulung mereka, Eevie Khadeeja di rumah.
Saya tak dapat teman Intan kali ini sebab kena jaga Eevie. Ibu saya ada di sana teman dia.
Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.