Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHarris Annuar Kongsi Keadaan Terkini Kak Ton, Dedah Terkena Tempias Sihir Ibu...

    Harris Annuar Kongsi Keadaan Terkini Kak Ton, Dedah Terkena Tempias Sihir Ibu – ‘Saya Pernah Nampak Pocong’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pempengaruh media sosial, Harris Anuar mendedahkan ibunya yang juga merupakan usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton masih perlu menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.

    Empat kali jalani pembedahan

    Bukan itu sahaja, Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar memaklumkan bahawa ibunya juga terpaksa melalui proses pembedahan sebanyak empat kali dalam tempoh dua tahun akibat masalah sakit belakang yang dialami secara tiba-tiba.

    Sebenarnya mak saya kena sihir ini sejak 2016 dan ikutkan cerita ini hanya keluarga saja tahu. Cuma mak saya ada kongsikan sebab orang nak tahu manakah Kak Ton.

    Saya tak pasti siapa individu yang menghantar sihir. Saya pelik bila tengok keadaan dia yang mana dia tiba-tiba sakit belakang, jalan pun bongkok dan kaki dia mula kebas.

    Malah, disebabkan sakit belakang itu juga dia memerlukan pembedahan sebanyak empat kali dalam masa dua tahun. Bila pembedahan keempat tu, doktor sendiri cakap dah pelik sebab sakit itu bukan dari segi scientific.

    Tak logik buat empat kali tapi masih gagal. Doktor sarankan untuk mak saya pergi berubat secara Islam dan memang sah mak saya kena buatan.

    Harris berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

    Bukan itu sahaja, Harris turut memberitahu bahawa ibunya pernah mengalami perkara mistik lain seperti muntah buih ketika melakukan proses berubat.

    Walau bagaimanapun, bekas peserta Hero Remaja ini bersyukur keadaan ibunya sudah beransur pulih ketika ini.

    Alhamdulillah, sekarang ini dah semakin baik sebab kita pun dah tahu punca dia. Kita dah selalu berubat sehingga sekarang. Masa pertama kali berubat tu, kaki dia dari kebas terus boleh berjalan.

    Lepas pada berubat juga, mak pernah muntah yang macam berbuih. ikutkan mak memang tak pernah sakit. Ikutkan mak mula rasa kaki kebas setiap kali nak keluar rumah pada 2016.

    Kemudian sakit belakang pada 2019 dan mula jalani pembedahan pada 2023 dan 2024.

    Harris juga terkena tempias

    Dalam pada itu, Harris memaklumkan dia pernah terkena tempias daripada sihir yang dihantar kepada ibunya.

    Dulu saya pernah juga kena tempias sikit, tapi sikit-sikit sajalah. Kadang-kadang saya ada nampak kelibat di kawasan rumah dan juga bila keluar dari rumah.

    Antaranya ialah pocong dan saya ada dengar ustaz cakap yang bila kita nampak pocong ini, itu tandanya kita terkena tempias sihir.

    Ikutkan mak dah lama kena sihir, sebelum 2016 lagi, tapi sebelum itu kena dekat kedai, orang lalu kedai mak, tapi tak nampak kedai. Bila berubat, jadi okay. Lepas itu, datang balik sihir.

    Terdahulu, Kak Ton mendedahkan dirinya kembali meneruskan perniagaannya selepas pulih dari gangguan sihir yang dihadapinya.

    ALSO READ:  ‘Mereka Datang Untuk Dirawat Sahaja & Sangat Susah Untuk Tinggalkan Negara Sendiri’ – Izara Aishah

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts