Penyanyi terkenal Harry Styles mengakui terkesan dengan pemergian sahabat baiknya yang juga penyanyi dan bekas anggota band One Direction, Liam Payne.
Periang
Harry menyifatkan Liam seorang sahabat yang baik dan penyayang. Malah, mendiang juga seorang yang periang dan sentiasa memberikan aura positif terhadap orang sekeliling.
Saya benar-benar sedih dan terkesan dengan pemergian Liam. Dia suka menggembirakan orang di sekeliling dan satu penghormatan buat saya kerana pernah berada di sisinya.
Hidupnya sentiasa indah dan terbuka luas, dia mempunyai tenaga yang positif. Dia juga seorang yang sentiasa menyokong rakan dan memiliki sifat penyayang.
Harry berkongsi luahannya itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Tambah Harry, segala kenangan dan momen indah yang pernah dilakar bersama mendiang akan diingati dalam hidup untuk selama-lamanya.
Tahun-tahun yang banyak kita habiskan bersama akan kekal dalam ingatan saya menjadi perkara paling saya hargai dalam hidup.
Saya akan sentiasa merindui awak, awak kawan yang saya sayang.
Rabu lalu, dunia hiburan digemparkan dengan berita kematian Liam Payne, 31, yang ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Beunos Aires.
Menerusi laporan media antarabangsa, mendiang dilaporkan bergelut dengan masalah kesihatan mental dan ketagih alkohol.