Jika mengimbau kembali momen AJL37, konsep persembahan Shiha Zikir semasa penganjuran AJL37 menerusi lagu Irama dinobatkan Persembahan Terbaik.
Menerima Perhatian Dari Luar Negara
Persembahan tersebut mendapat perhatian orang ramai dan sekali gus menjadi sebutan sehingga ke luar negara termasuk mencuri perhatian peminat di Indonesia.
Terbaru, menurut Harian Metro, perancangan Shiha untuk menggunakan 200 dron yang diimport dari Australia dalam persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac ini tidak mendapat kelulusan dari pihak produksi.
IKLAN
Anggap saja ini ujian kecil sekali gus semakin menguatkan semangat saya dan ‘team’ (pasukan).
Shiha berkata konsep persembahan dengan dron itu tidak dapat dilaksanakan kerana lokasi acara kemuncak AJL38 yang didakwa kurang sesuai.
Mempertonjolkan Persembahan Unik
Katanya, dia dan pasukannya mahu menonjolkan aksi unik dengan dron kerana konsep itu belum pernah dilakukan sebelum ini.
Saya juga sudah menempah peralatan berkenaan tetapi konsep itu tidak dapat direalisasikan atas faktor keselamatan
menurut Harian Metro, mengenai konsep persembahan lagi, kata pemenang kategori Persembahan Terbaik AJL37 itu, dia akur dengan keputusan produksi kerana tidak mahu membahayakan keselamatan orang lain.
Memberikan Yang Terbaik
Tambahnya lagi, jika nak diikutkan pihak produksi juga menyukai konsep dron terbabit.
Bagaimanapun, kata Shiha, dia tetap tidak berputus asa untuk memberikan konsep persembahan yang ada kelainan pada malam kemuncak AJL38 nanti.
Shiha mempertaruhkan lagu Kalam yang juga sentuhannya bersama komposer Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves pada malam kemuncak edisi ke-38 berkenaan.