Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Hati-Hati Bila Berkata-Kata…”-Rita Rudaini Kesal Pasangan ‘Influencer’ Ceria Kongsi Pengalaman Digari?

    “Hati-Hati Bila Berkata-Kata…”-Rita Rudaini Kesal Pasangan ‘Influencer’ Ceria Kongsi Pengalaman Digari?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui pasangan pempengaruh terkenal, Aisyah Hijanah dan Alif Teega sebelum ini pernah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari bagi membantu siasatan kes berhubung salah guna kuasa.

    Baru sahaja dibebaskan setelah  membayar wang jaminan sebanyak RM200,000. Pasangan ini dilihat berkongsi pengalaman mereka sepanjang proses reman menerusi akaun TikToknya, baru-baru ini.

    Tidak Harus Normalisasikan Pengalaman ‘Ditangkap’

    Perkongsian yang dilakukan oleh pasangan tersebut mendapat reaksi oleh pelakon, Rita Rudaini menerusi Insta Stories, yang berpendapat isu berkenaan tidak seharusnya dinormalisasikan kerana akan ada yang menganggap pengalaman ditangkap itu merupakan satu keseronokan.

    “Macam mana ya nak cakap . jangan jadikan benda tu normal kena gari. Kalau sis dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, sis boleh cakap ia adalah ‘satu pengalaman’ untuk sis rasa.

    Tak payah lah ulas, nanti ada yang tak boleh berfikir dan anggap benda kena gari, kena tangkap ni seronok nak cuba sebagai ‘pengalaman’.”-tegur Rita di Insta Stories

    “Mula La Menunggang Apa Saja Yang Boleh Ditunggang…”

    Tambahnya lagi,  pelakon filem Mami Jarum ini turut menitipkan nasihat buat pihak terlibat untuk berhati-hati sebelum berkata-kata selain meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang menjadi ‘penunggang agama’.

    “Kadang-kadang nak cover malu dan nak cover salah, mula lah nak explain panjang-panjang. Contoh, yang teringat nak buat doa selamat. Tiba-tiba teringat nak berbakti kat anak yatim. Mungkin boleh nampak baik, suci, murni dan murni..Mungkin? Mula lah menunggang apa saja yang boleh ditunggang.

    Jangan pula lepas ni dengar ada adik-adik saja-saja pergi curi duit masjid sebab nak rasa kena gari. Pengalaman katanya. Hati-hati bila berkata-kata. Tak semua orang pandai hadam.”-titip Rita lagi

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Zahirah Macwilson Dedah 10 Nama Bayi Perempuan Yang Bakal Digunakannya, Raih Perhatian!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts