Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil menitipkan pesanan buat para pelakon wanita agar tidak bersikap mengada-ngada atau cuba menggoda pelakon dan kru lelaki yang berstatus suami orang.
Kongsi Puteri Balqis menerusi Insta Stories, menyatakan bahawa para wanita pasti akan berhadapan dengan pelakon serta kru lelaki yang sudah memegang status suami apabila berada dalam industri seni.
“Bila berada dalam industri, tidak kira usia, sama ada belasan tahun atau lebih berumur, kita berhadapan dengan pelakon-pelakon lelaki dan kru-kru lelaki yang berstatus suami orang.”-kongsi Puteri Balqis
Kasihani Perasaan Para Isteri
Memberi peringatan untuk tidak bersikap mengada atau cuba menggoda para lelaki, pelakon yang mesra disapa Aqish ini menitipkan pesanan agar mengasihani perasaan isteri yang mengharapkan kesetiaan daripada suami mereka.
“Elakkan mengada-mengada atau cuba menggoda mereka. Kalau mereka cuba hampir dengan kita dan bukan kerana urusan kerja, lari. Menyoroklah di mana-mana, belakang lori ke, duduk dalam bilik atau kereta.
Kalau yang lelaki tak boleh setia, kita sebagai wanita kasihailah isteri-isteri mereka yang mengharapkan kesetiaan. Kita yang kena kuatkan diri.”-tulis Puteri Balqis
“Kalau Aku, Suami Orang Menggatal,….”
Tambahnya lagi, dia tidak teragak-agak akan melemparkan kata-kata makian terhadap mana-mana individu sama ada pelakon atau kru yang sudah berkahwin cuba untuk menggatal dengannya.
“Kalau aku, suami orang menggatal, aku maki terus. Tak kisahlah pelakon ke kru. Hati dan perasaan isteri mereka lebih penting.”-tegas Puteri Balqis
Baru-baru ini tular satu berita penangkapan dua pelakon terkenal yang didakwa berkhalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Apa komen anda?