Tiada angin tiada ribut, muncul pula episod baru skandal curang pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz selepas seorang wanita tampil membuat pengakuan mengejutkan di media sosial.
Wanita Ini Mengaku Sebagai Kekasih Aliff Aziz?
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menyatakan bahawa dia adalah kekasih kepada Aliff sejak Januari lalu serta menjadi tempat mengadu oleh Aliff yang sering berkongsi mengenai rumah tangganya bersama pelakon, Bella Astillah yang sedang bergolak.
“Saya mula rapat dengan Aliff sejak awal Januari 2024 apabila selalu berhubungan di laman sosial kerana Aliff mengadu mengenai hubungannya dengan isteri (Bella) tidak baik. Dan selalu meminta nasihat dan moral support daripada saya..”-dedah Sarah di Instagram
Terbaca Perbualan Aliff Dengan Ruhainies
Tambahnya lagi, Aliff turut menumpang di kediamannya selama sebulan sepanjang penggambaran drama berkenaan tanpa pengetahuan Bella dan Ruhainies.
Namun, malang menimpa wanita ini apabila terbaca perbualan Aliff bersama Ruhainies yang kelihatan seperti pasangan kekasih di saat dirinya masih berhubungan bersama aktor berkenaan.
“Sudah menjadi kebiasaan untuk saya caj telefon Aliff dan kebetulan pagi itu telefon Aliff terlupa di lock dan masih menyala. Saya mengambil telefon Aliff dan melihat perbualannya di WhatsApp bertulis nama ‘NRF’ iaitu perempuan yang ditangkap khalwat bersama dia.
Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya.”-tulis Sarah
Dalam pada itu, wanita ini turut mengakui terkejut apabila melihat perancangan jahat Ruhainies yang mahu membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella.
“Rupanya apa yang Aliff lakukan adalah untuk melindungi Ruhainies dan semua yang Aliff lakukan adalah dengan kata-kata dan suruhan Ruhainies, (nampak macam Aliff dah kena brain-wash).-“dedah Sarah
View this post on Instagram
Agak mengejutkan pendedahan yang dilakukan oleh wanita ini..Apa komen anda?