Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHati Sering Dilukai, Aina Abdul Ucap Terima Kasih Buat Bekas Kekasihnya

    Hati Sering Dilukai, Aina Abdul Ucap Terima Kasih Buat Bekas Kekasihnya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan penulis lagu berbakat besar, Aina Abdul, baru-baru ini membuka kisah di sebalik karya-karyanya yang sering dipenuhi dengan nuansa kesedihan dan kekecewaan cinta.

    Mengakui bahawa kebanyakan ciptaannya diinspirasikan daripada episod duka dalam kehidupan peribadinya, Aina, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, menyatakan bahawa pengalaman cinta yang sering melukakan hatinya telah menjadi sumber inspirasi utama dalam berkarya.

    Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) ini, bekas kekasihnya telah memainkan peranan besar dalam membantu mencetuskan idea untuk menulis lagu.

    “Kalau dengar lagu-lagu saya semua sendu (sedih), itu adalah luahan hati. Memang agak pelik, tetapi kisah silam dan pengalaman cinta terdahulu yang buatkan saya boleh menulis lagu,” kata Aina.

    “Dia turut bersetuju dengan kata-kata penyanyi popular Ariana Grande, “thank you to my ex” (terima kasih kepada bekas kekasih), yang menggambarkan bagaimana kekecewaan cinta boleh menjadi pencetus kreativiti.

    Aina percaya bahawa dalam keadaan sedih dan tertekan, dia lebih mampu menghasilkan karya yang bermakna dan mendalam.

    “Kalau dalam keadaan gembira, idea untuk menulis lagu tidak akan keluar. Mungkin akan jadi lagu berbentuk motivasi sahaja,” ujarnya dalam sebuah podcast baru-baru ini.

    Bagi pelantun lagu “Puas Sudah” itu, tekanan dan kesedihan adalah sebahagian daripada proses kreatifnya. Aina berpendapat kebanyakan pemuzik, terutama penulis lirik, pernah melalui episod depresi yang memberi mereka ruang untuk menterjemahkan perasaan itu ke dalam lagu.

    “Saya seorang yang sangat kompleks, saya akui tidak bagus dalam percintaan. Boleh dikatakan pemuzik adalah orang yang mempunyai masalah depresi,” katanya.

    Meskipun bunyinya agak ekstrem, Aina percaya bahawa banyak pemuzik berkongsi perasaan yang sama, di mana tekanan emosi memberi kekuatan pada karya seni mereka.

    “Kalau berborak dengan mana-mana pemuzik, mungkin mereka akan cakap benda sama, kita suka berada dalam keadaan tertekan,” jelasnya.

    ALSO READ:  AEON dan EON Raikan 40 Tahun dengan Menghadiahkan 4 Kereta Mewah Sepanjang 4 Bulan
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts