Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd meneruskan karnival dengan bermula di Negeri Sembilan dan seterusnya buat pertama kali akan ‘terbang’ ke Sabah.
Karnival kekeluargaan, keharmonian
Bermula 24 Oktober sehingga 27 Oktober ini, Havoc Food Festival akan berada di D’Tempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.
Kemudian, akan ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024 mulai 30 Oktober sehingga 3 November di SICC Kota Kinabalu Sabah dan diteruskan dengan Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 November hingga 10 November ini.
Buat julung kali, bermula Havoc Food Festival 37.0 menerima tajaan daripada Perfume Paradise yang menyifatkan karnival makanan ini selaras dengan matlamat mereka dalam usaha membantu para usahawan bumiputera berkembang.
Menurut Ketua Pagawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, berkata karnival makanan ini selaras dengan matlamat mereka dalam usaha membantu para usahawan bumiputera berkembang.
Kami amat berbesar hati menjadi penaja utama Havoc Food Festival 2024 – 2025 kerana melihat usaha yang dilakukan karnival ini adalah selari dengan matlamat kami iaitu membantu golongan usahawan bumiputera berkembang dengan perniagaan mereka.
Sebagai syarikat bumiputera juga, kami mahu bersama-sama mengukuhkan platform Havoc Event & Management dalam menjalin kerjasama bukan hanya dalam
kalangan para usahawan sektor IKS tetapi juga bersama para selebriti, pempengaruh dan semua pengguna media sosial yang dapat menyokong ekonomi setempat.Menerusi pembabitan ini, kami berharap agar orang ramai dapat hadir dan menyokong karnival makanan ini selain mendapat manfaat daripada beberapa program yang dianjurkan sepanjang empat hari ia berlangsung.
Ini adalah kali pertama kami menaja karnival makanan terbesar seperti ini dan insya-Allah akan diteruskan agar dapat mengukuhkan lagi penjenamaan Perfume Paradise.
Selain itu, Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari pula memaklumkan Havoc Food Festival akan menjadi tajaan penuh pertama daripada syarikat mereka sebelum mempunyai beberapa projek lain bersama Havoc Event & Management.
Perfume Paradise bakal menjalin banyak kerjasama dengan Havoc Event & Management pada masa akan datang dan kami mempunyai banyak rancangan perniagaan bersama yang mahu dilakukan sepanjang tahun 2025.
Bukan semata jual makanan
Sementara itu, Ketua Pengarah Urusan, Havoc Event & Management iaitu Encik Faizul berjanji karnival yang diadakan selama empat hari di Sendayan akan berjalan dengan lebih lancar dan tidak mengecewakan pengunjung.
Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kali ini.
Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani.
Dan ramai selebriti serta pempengaruh yang menanti pengunjung bukan hanya untuk menjual beli tetapi mahu beramah mesra.
Bukan itu saja, kata Faizul, terdapat juga pengisian lain seperti acara Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana yang diterajui Sheikh Imran Angulia , Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.
Program ‘Our Next Guest’ sebuah program podcast baharu akan membawakan pengacara popular daripada Singapura iaitu Dynn Norahim sebagai moderator serta menampilkan barisan selebriti popular yang sedang berhijrah.
Sesi penggambaran bakal dijalankan di setiap lokasi Havoc Food Festival dan disiarkan di saluran Youtube SoutulDeen.
Kami sebolehnya ingin menganjurkan sebuah karnival yang seimbang bukan hanya buat golongan usahawan bumiputera yang terlibat tetapi memberi manfaat kepada pengunjung yang hadir.
Semoga penganjuran kali ini mendapat sambutan dan kami terus menganjurkan karnival yang sama pada tahun akan datang.
Antara selebriti dan pempengaruh yang akan memeriahkan adalah Ojen Aiwahh, Azza Elite, Reen Rahim,Qistina Raisah, Syura Badron, AI Sulong, Vicha Saywho, Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera, Pablo Faka, Afiqah Hasanah, Daud Reny Latah, Cikidot, Aliyah Balqis, Mat Alip, Zaki Azman, Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.