Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHawa Rizwana Hidap Bulimia Sejak Sekolah, Sensitif Isu Berat Badan – ‘Saya...

    Hawa Rizwana Hidap Bulimia Sejak Sekolah, Sensitif Isu Berat Badan – ‘Saya Makan & Muntahkan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara Hawa Rizwana mendedahkan dia menghidapi penyakit bulimia iaitu masalah gangguan pemakanan sejak dari zaman persekolahan.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Hawa Rizwana Dedah Pernah Patah Hati Dua Kali, Akui Terlalu Naif – ‘Kecewa Itu Tersangat Sakit”

    Artikel berkaitan: Ibu Bapa Larang Hawa Rizwana Sertai Aktiviti Lasak – ‘Saya Seorang Anak Perempuan’

    Bertahun-tahun menghidap bulimia

    Menerusi temu bual podcast Girl Math Podcast di Youtube, Hawa berkata, dia sangat sensitif apabila orang menegur dan memberi komen tentang berat badannya.

    Saya pernah menghidapi bulimia. Bila ada orang cakap saya naik berat badan, saya akan makan banyak-banyak dan saya akan muntahkan. Saya juga terlebih bersenam.

    Pernah nak cuba berhenti tapi saya naik berat badan lima kilogram sebab sibuk bekerja dan tak sempat nak bersenam, tidur tak cukup, stress dan makan waktu malam.

    Masa itu ramai cakap saya naik berat badan, tapi ada individu ni cakap ‘eh Hawa kurusnya sekarang?’. Saya tak rasa orang itu maksudkan saya kurus.

    Jelas Hawa, dia menghidapi penyakit tersebut selepas mempelajari maksud bulimia dan terkesan dengan komen rakan-rakan di sekolah.

    Ia bermula masa sekolah menengah. Saya belajar perkataan bulimia semasa menyertai ‘choral speaking’. Ada budak lelaki yang suka tegur cakap muka saya berisi dan buat saya mempersoalkan adakah saya gemuk?

    Jadi ada masa tertentu saya akan makan dan muntah. Kadang-kadang makan sikit pun saya akan muntah.

    Meskipun bertahun-tahun menderita penyakit tersebut, Hawa bagaimanapun memberitahu keadaan kesihatan mentalnya kini semakin pulih selepas menyedari tindakan itu memudaratkan kesihatan.

    Sekarang saya dah ada ‘support system’ daripada orang sekeliling yang membuatkan mental saya kuat dan saya berhenti.

    ALSO READ:  'Project K' Poster of Prabhas Removed & Replaced Following Social Media Trolling | Entertainment News

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts