Pengacara, penyampai radio dan pempengaruh Hazeman Huzir memberikan pendapat berhubung pemilihan Naz Rahman dan Sissy Imann sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Penonton tak puas hati
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Hazeman atau lebih mesra disapa Haze yakin setiap hos mempunyai pesona tersendiri dalam pengacaraan.
Pada saya, saya tidak kisah siapa pun yang menjadi hos untuk AJL kerana setiap pengacara akan membawa cara masing-masing.
Netizen ini kalau bukan mereka sendiri yang mengacara program tersebut, selagi itu mereka takkan berpuas hati.
Menurut pempengaruh berusia 37 tahun itu, dia percaya dengan keupayaan Sissy dan Naz mengendalikan anugerah berprestij tersebut.
Apabila saya melihat gandingan Sissy dan Naz, saya yakin mereka akan menghidupkan semula elemen seperti tahun 1990-an dahulu. Maksudnya seni penyampaian mereka akan tertumpu kepada pengacaraan yang baik.
Tentang personaliti mereka, itu adalah perwatakan masing-masing. Pada saya Sissy seorang yang ‘fun’.
Haze berkata demikian ketika ditemui di pelancaran program Kongsi Kasih Jejak Jalanan yang berlangsung di Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pelapis baru
Sementara itu, Haze berkata, penonton seharusnya memberikan peluang kepada pelapis baru seperti Sissy untuk mengemudi pentas AJL meskipun mereka masih dibayangi dengan pengacara-pengacara sebelum ini.
Secara umum, masyarakat kita sangat sukar untuk menerima perubahan.
Jadi, apabila ada kelainan dan perkara itu tidak mengikut ‘selera’ mereka maka ianya akan jadi sukar terhadap industri.
Pendapat saya, beri sahaja peluang, nak tunggu apa lagi? Walaupun Sissy mengacara rancangan keagamaan sekalipun saya terima, sebab itulah seni.
Dalam perkembangan lain, Haze dipilih sekali lagi sebagai hos bagi program Kongsi Kasih Jejak Jalanan yang memasuki musim keempat. Program berkisarkan tentang kemasyarakatan itu memfokuskan kepada membantu gelandangan, ibu tunggal, warga emas, serta keluarga yang terjejas akibat bencana.
Terdahulu, pemilihan Sissy sebagai pengacara malam kemuncak AJL39 bersama Nazrudin mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
AJL39 bakal bersiaran langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan di TV3 jam 9 malam atau boleh juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.
Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian di www.wowtix.com.my.